Kenali Orang Bajau Laut Semasa Trip Ke Semporna Sabah

TARIKAN
June 26, 2019 - 01:47 PM


Bajau Laut, sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan alat pernafasan atau kemudahan skuba.

Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunakan tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit. Penyelam profesional bersama kelengkapan menyelam hanya boleh menyelam sekali dalam setiap satu jam, tetapi bagi Bajau Laut mereka mampu menyelam berkali-kali ke dasar laut tanpa memudaratkan kesihatan mereka.

Kemahiran menyelam ini menjadikan kumpulan etnik itu pemburu yang mahir di lautan dengan hanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan dan udang kara, di samping mencari mutiara dan gamat.

Semua ini terhasil dari amalan kehidupan tradisional mereka di laut.

sejak kecil bayi-bayi Bajau Laut akan direndam ke dalam laut untuk membiasakan mereka dengan air laut serta "sebagai tanda keserasian dan keberanian di laut."

Temuni bayi-bayi itu akan ditanam di dasar laut kerana kumpulan etnik ini percaya roh laut akan menjaga mereka, dan mereka tidak akan mati di laut.

Mengenai bekalan makanan, Jaafar berkata antara makanan asas Gipsi Laut adalah kima iaitu sejenis kerang atau landak laut, dalam bahasa Bajau disebut tehe-tehe.

Bahan ini mereka makan secara mentah selepas dibersihkan atau boleh juga dimasak.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah