AirAsia Hentikan Penjualan Rokok & Tawar Insentif Kepada Staf Untuk Berhenti Merokok
VIRALSeptember 20, 2019 - 01:46 PM
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia membuat pengumuman untuk menghentikan penjualan rokok bebas cukai di atas semua penerbangannya.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan perkara itu menerusi akaun twitter rasminya hari ini pada pukul 7.51 pagi.
Namun, tidak pula dinyatakan bilakah peraturan baharu itu akan mula dikuatkuasakan.
Menerusi entri tersebut juga, beliau memberitahu pihak syarikat bakal memberikan insentif kepada kakitangan AirAsia menerusi insurans yang lebih baik sekiranya mereka membuat keputusan untuk berhenti merokok.
Selama beberapa dekad ini, berbelanja secara bebas cukai di dalam penerbangan atau "In-Flight Duty Free" merupakan kaedah paling popular untuk syarikat penerbangan memasarkan produk serta meningkatkan pendapatan tambahan mereka.
Pada bulan Mac tahun lepas, syarikat penerbangan KLM Royal Dutch Airlines KLM yang berkongsi kod penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS), memutuskan untuk menghentikan penjualan tembakau bebas rokok dan rokok di atas kapal terbang jarak jauhnya sambil mengekalkan pilihan barangan beli-belah lain.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah