Mencari Lokan Dan Kepah, Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh Peladang Setiu Agro Resort
HOTELOctober 30, 2019 - 04:31 PM
Dahulunya dikenali sebagai Taman Rekreasi Peladang Setiu, resort yang mula beroperasi sejak tahun 1999 ini menawarkan penginapan chalet berkonsepkan rumah melayu dan juga 28 unit rumah bertingkat dan kini dikenali sebagai Peladang Setiu Agro Resort.
Terletak di kaki Gunung Tebu, resort ini berkonsepkan pelancongan agro dan kalau nak diikutkan ia banyak juga menyediakan aktiviti yang menarik dan masa kami kesana, ada beberapa kumpulan yang melakukan program team building di sini.
Dari segi chalet, boleh dikatakan ianya selesa dan ada dua pilihan sama ada menghadap tasik (lake view) atau menghadap ke taman. Susunan bilik adalah sama iaitu dilengkapi dengan sebuah katil queen dan sebuah katil single.
Untuk kemudahan, ada disediakan surau, tapak perkhemahan, bilik mesuyuarat, café dan 4 buah dewan seminar.
Bagi yang bekeluarga, rasanya disini amat besesuaian dengan anda kerana turut disediakan ‘waterpark’ mini atau swimming pool untuk dewasa dan kanak – kanak siap dengan gelongsor air dan mainan lain.
Kalau nak cerita aktiviti, antara yang menarik perhatian dan rare adalah aktiviti mencari lokan, kepah dan lala di sungai. Pengunjung akan dibawa ke kawasan Laguna Wetland yang mana kemudian akan dibawa menyusuri sungai untuk menikmati keindahan flora dan fauna di kawasan paya bakau sepanjang sungai Setiu.
Selain mencari Lokan semua tu, disini juga ada aktiviti flying fox, water confidence dan aktiviti berkaitan dengan ‘team-building’.
Peladang Setiu Agro Resort (Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn. Bhd.)
Alamat : Lot 3912, Guntong, 22040 Setiu, Terengganu, Malaysia.
Tel: +609-6902245 / +6019-9192240
Fax: +609-6903482
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah