Elak Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang? Ini Maklumat Wajib Perlu Anda Letak Di Tag Keselamatan!

TRAVEL
November 19, 2019 - 02:55 PM


Pernah tak anda mengalami pengalaman kehilangan bagasi selepas mendarat di lapangan terbang ketika anda melancong ke luar negara?

Masa itu mesti anda rasa risau dan bimbang memandangkan segala pakaian, peralatan serta dokumen-dokumen penting semuanya berada di dalam beg tersebut, kan.

Meskipun setiap lapangan terbang di berbeza negara mempunyai tahap perkhidmatan pengurusan bagasi yang berlainan, namun sebagai penumpang kita selalu disyorkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes kehilangan bagasi tidak berlaku kepada diri sendiri.

Antara langkah penting itu adalah dengan menyediakan tag keselamatan dengan segala maklumat anda sebelum dipasang di bagasi masing-masing.

Tetapi tahukah anda apa sebenarnya jenis maklumat yang perlu disediakan di tag keselamatan berkenaan. Jom sama-sama kita semak :-

1) Tag harus dilengkapi dengan nama pemilik, alamat e-mel dan nombor telefon.

2) Letakkan alamat hotel di mana anda akan tinggal agar pihak kakitangan terlibat dapat membuat serahan bagasi yang hilang selamat ke tangan anda.

Jika tiada keperluan, tidak perlu meletakkan alamat lengkap rumah anda kerana ia hanya membuatkan anda berisiko untuk kes-kes jenayah seperti rompakan sekiranya anda sedang tiada di rumah.

3) Sekiranya anda risau bagasi akan hilang ketika dalam penerbangan pulang ke tanah air, anda juga boleh memberikan alamat tempat kerja anda dan ianya lebih selamat berbanding meletakkan alamat kediaman.

4) Pastikan juga segala maklumat yang dinyatakan di tag keselamatan ditutup dengan cover supaya tidak mudah untuk dilihat dengan jelas oleh orang lain. 

5) Jika anda sedang dalam penerbangan ke luar negara, anda disarankan untuk tidak mempamerkan sebarang pelekat yang memaparkan imej bendera atau apa-apa yang dapat mengenalpasti kewarganegaraan anda.

6) Sebagai langkah keselamatan tambahan, anda juga boleh mengambil gambar bagasi dan mencatatkan segala maklumat khusus beg berkenaan seperti saiz, warna dan jenama untuk dihantar kepada syarikat penerbangan sekiranya hilang.

Sumber: Travel and Leisure

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah