Hanya Imbas Kod QR, Pelancong Boleh Ketahui Informasi Tempat Menarik Di KL

VIRAL
December 24, 2019 - 11:15 AM


Pada zaman yang serba canggih dan moden dengan penggunaan telefon pintar, segalanya lebih mudah di hujung jari.

Malah, segala info dan maklumat mengenai sesetengah tempat pelancongan juga boleh diketahui dengan cepat hanya dengan mengimbas kod QR.

Kini, menerusi projek rintis ‘Dataran Merdeka KLQR Trail’ pelancong yang berkunjung ke lokasi menarik di sekitar Dataran Merdeka juga sudah boleh mendapatkan informasi mengenai tempat yang dilawati secara terus ke telefon pintar melalui imbasan kod QR.

Pembaharuan yang bermula sejak 20 Disember itu melibatkan 17 lokasi dipasang dengan imbasan kod QR.

Lokasi terlibat antaranya Tiang Bendera Dataran Merdeka; Victorian Fountain; Jambatan Masjid Jamek; Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Dataran Merdeka.



Buat masa ini, proses ujian tersebut dilakukan oleh pihak DBKL sehingga pertengahan Januari tahun depan sebelum memastikan penambahbaikan dilakukan hasil daripada maklum balas daripada semua pihak.

Dengar kata juga, pihak DBKL bercadang untuk menambah KLQR Trail di beberapa lokasi tumpuan pelancongan lain di ibu negara seperti Bukit Bintang, Taman Botani Perdana dan Kampung Baru.

Selepas pemasangan imbasan kod tersebut dilakukan, DBKL turut menggalakkan pemandu pelancong untuk menggunakan laluan KLQR Trail bagi memudahkan pelancong mendapat penerangan mengenai tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah