"Saloma Link" - Ikon Pelancongan Baharu Kuala Lumpur!

VIRAL
January 17, 2020 - 11:55 AM


Kuala Lumpur bakal mempunyai satu lagi binaan ikonik baharu yang mampu menarik pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Ikon terbaharu yang dimaksudkan adalah "Saloma Link" iaitu jambatan pejalan kaki yang dibina di Kampung Baru dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Januari ini!

Jambatan tersebut yang didirikan berhampiran Stesen LRT Kampung Baru bakal merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC. 

Menariknya, Saloma Link itu nanti akan menjadi port bergambar paling cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan ikon negara KLCC dengan sudut terbaik dan tanpa sebarang halangan untuk para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Malah jambatan sepanjang 370 meter itu juga disediakan 2 kawasan khas untuk bergambar!

Apa yang lebih menjadikan Saloma Link lebih istimewa adalah ia dilengkapi dengan hiasan sistem pencahayaan canggih iaitu 4,100 lampu LED yang bercahaya mengikut beberapa tema termasuk tema di musim perayaan tertentu.

Oleh itu, jambatan berkenaan akan lebih menonjol keindahannya pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

Bahkan konsep binaan unik Saloma Link yang berinsipirasikan 'Sirih Junjung' dan sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu juga dijangka memberi pesona serta tarikan kepada para pelancong luar untuk mengunjungi jambatan tersebut.

Berikut infografik beberapa perkara menarik & unik mengenai SALOMA LINK!

Kredit Foto: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah