Takut Jangkitan Koronavirus? Ini 6 Tips Kesihatan Oleh WHO Ketika Melancong!

TRAVEL
January 31, 2020 - 11:15 AM


Kalau korang ikuti perkembangan novel koronavirus mesti korang tahu yang semalam (30 Januari), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak itu sebagai 'DARURAT GLOBAL'!

Ini kerana selain penularannya telah meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa, koronavirus juga dikatakan merebak meningkat lebih 10 kali ganda dalam tempoh seminggu.

Namun yang lebih membimbangkan adalah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.

Sebab darurat itu dikeluarkan bukan semata-mata kerana situasi di China tetapi terdapat 98 kes di 18 negara di luar China, termasuk 8 kes jangkitan manusia ke manusia di empat negara iaitu Jerman, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, WHO juga mengeluarkan 6 panduan kesihatan yang boleh korang lakukan semasa sedang melancong tak kiralah di destinasi dalam atau luar negara.

Jom kita tengok apakah 6 perkara penting tersebut untuk korang kekal sihat dan mengurangkan risiko jangkitan akibat koronavirus :-

1) ELAK BERSENTUHAN

- Pastikan korang tidak melakukan sentuhan dengan mana-mana individu yang sedang mengalami batuk atau demam.

2) KERAP CUCI TANGAN

- Sentiasa mencuci tangan dengan sempurna menggunakan bahan berasaskan alkohol atau sabun dan air.

3) ELAK SELALU SENTUH ANGGOTA BADAN SENDIRI

- Jangan kerap menyentuh bahagian mata, hidung atau mulut sekiranya tidak perlu.

4) PAKAI PENUTUP MULUT & HIDUNG

- Pastikan penutup mulut dan hidung menutup keseluruhan kedua-dua bahagian tersebut dengan sempurna. - Gunakan mask yang sama hanya sekali dan buang serta segera gunakan sanitizer tangan.

5) SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA TIDAK SIHAT

- Jika mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, segera dapatkan rawatan awal serta maklumkan sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

6) TUTUP MULUT SEKIRANYA BATUK / BERSIN

- Apabila batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan lengan atau tisu. Selepas itu buang tisu tersebut dan basuh tangan dengan bersih.

Sumber: WHO

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah