Kafe Bertemakan ‘Coke’ Di Johor Ini Rupanya Yang Pertama Di Dunia!

MAKAN
February 03, 2020 - 10:35 AM


Minuman bikarbonat Coca-Cola atau sering disebut Coke ini mula diperkenalkan pada tahun 1886 dan menariknya, pengeluaran awalnya ialah sebagai minuman kesihatan dan mahu didaftarkan sebagai ubat.

Hari ini, produk keluaran Coca-Cola diminum lebih daripada 1.9 billion minuman setiap hari di seluruh dunia dan boleh dikatakan ia merupakan minuman bikarbonat yang mempunyai pengemarnya sendiri.

Cerita berkenaan Coke ini, ada sebuah kafe yang berkonsepkan minuman ini dibuka di Toppen Shopping Center, Johor Bahru. Lebih tepat, ianya berada di dalam pawagam TGV. Pembukaan ini secara tak langsung dianggarkan dapat menarik lebih ramai lagi orang ke pusat beli belah terbaru di Johor ini.

Kalau anda ada di Toppen, kafe ini terletak di TGV dan pastinya anda tidak akan terlepas kerana warna kafe ini yang sangat meriah selain ia mengetengahkan konsep rekaan restoran ala Amerika yang retro.

Pemilihan warna, semestinya menggunakan warna ‘signature’ merah Coke dan rekaan dalamannya pasti membuatkan orang ramai akan menyukai kafe ini. Lagi – lagi mereka yang suka bergambar.

 

 

Dari segi menu, kafe ini pastinya menjual minuman Coke selain makanan ringan seperti popcorn, aiskrim dan coklat. Pengunjung kafe juga boleh mengecas telefon bimbit di tempat yang memang disedediakan untuk pengecasan telefon selain disediakan wifi secara percuma.

Difahamkan, waktu operasi adalah 10 pagi sehingga 10 malam.

Lokasi :  L.301, TGV Cinemas, Toppen Shopping Centre.


Photo Credit : Inside Retail Asia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah