Selalu Terlepas Ke Pameran Artifak Rasulullah? Jom Ke Johor, Pameran Setahun Di Sana!
VIRALMarch 03, 2020 - 10:56 AM
Bagi anda yang masih belum merasai pengalaman mengenali dan menghayati keagungan Nabi Muhammad SAW menerusi pameran koleksi artifak Rasulullah -- anda boleh mengunjungi Galeri Anjung Warisan dan Kesenian Islam (Aura Islam) di Anjung Neighbourhood Centre, Nusajaya, Johor!
Terdapat lebih 120 koleksi artifak peribadi Nabi, sahabat baginda, koleksi empayar kerajaan Uthmaniyyah dan Abbasiyah dipamerkan untuk orang ramai di galeri tersebut selama setahun bermula 13 November lepas sehingga November 2020 ini.
Antara yang anda tak boleh lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat barangan peribadi Baginda adalah capal, celak, rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, bekas tapak kaki, pasir makam serta kunci makam Rasulullah.
Turut dipamerkan, beberapa kiswah kaabah, tandu, Al-Quran emas, senjata serta kelengkapan perang peninggalan kerajaan Uthmaniyyah.
Galeri itu dibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 10 malam dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi warga emas, kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Tiket online boleh didapati di www.tamadunislam.com.
Disebabkan tahun ini penganjuran Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020 diadakan serentak, pameran tersebut dijangka akan mendapat kunjungan seramai 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja dan Mindanao, Filipina.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah