Nak Rasa Tidur Kat Istana Zaman Kesultanan Melayu Melaka? Jom Stay Di Hotel Mudzaffar!

HOTEL
March 06, 2020 - 01:05 PM


Macam kita semua tahu Melaka popular dengan jolokan Bandaraya Bersejarah kerana negeri itu kaya dengan cerita serta kehebatan zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala.

Kalau korang bercuti ke Melaka dan nak merasai seakan-akan hidup di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang macam dalam buku sejarah tu -- korang boleh cuba untuk menginap di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh.

Hotel 5 bintang yang dibina mengadap tasik ini mempunyai 288 bilik mewah dan paling istimewa ia juga dihiasi dengan sebuah binaan kapal besar ala-ala kapal Laksamana Cheng Ho sebagai membangkitkan mood percutian anda dan mengimbau memori negeri yang penuh bersejarah ini.

Hotel yang baru beroperasi sekitar 3 tahun ini, mendapat namanya daripada inspirasi Sultan Muzaffar Shah iaitu seorang sultan yang sangat berwibawa ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sekali pandang dari luaran, Hotel Mudzaffar ini saling tak tumpah bak istana Melayu yang diserikan dengan binaan tiang-tiang tinggi yang tersergam megah dan dihiasi dengan seni bina klasik yang terhampar indah di depan mata.

Sebaik melangkah masuk ke hotel ini, sesiapa saja pastinya terpukau dengan kecantikan tangga yang penuh dengan ukiran bermotifkan seni tradisional Melayu zaman dahulu kala.

Bilik-bilik serta ruangan dalam hotel pula direka dengan menyelitkan unsur serta sentuhan citarasa Melayu, selain diletakkan banyak set sofa klasik zaman Baba Nyonya dan juga yang berkonsepkan era muzik pop yeh-yeh.

Hotel ini juga memiliki kolam renang yang luas untuk tetamunya bersantai bersama keluarga dengan berlatar belakangkan kapal besar 

Bestnya korang juga boleh menghabiskan masa melawat sebuah galeri khas yang disediakan di dalam hotel tersebut yang dinamakan 'Mudzaffar Heritage'. 

Galeri ini menghimpunkan beberapa pameran yang berkaitan dengan senibina islam selain barangan peribadi yang mempunyai nilai sentimental kepada pemiliknya yang juga seorang anak kelahiran Kluang, Johor bernama Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Paling best harga semalam untuk menginap di Hotel Mudzaffar ini hanyalah serendah RM152 termasuk dengan hidangan sarapan. Best, kan?

Kredit Foto: Azwan Aznan

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah