Lelaki Ditahan Langgar Perintah Kawalan Pergerakan, Denda Hampir RM11 Ribu

VIRAL
March 20, 2020 - 08:58 AM


Kes penahanan pertama kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan direkodkan semalam apabila seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pihak polis kerana berkumpul di Kuala Muda, Kedah pagi semalam.

Sila beri kerjasama kepada anggota bertugas...

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, anggotanya membuat rondaan sebelum mendapai pemuda berkenaan berkumpul di sebuah tempat ibadat (yang tidak dinyatakan) dan meminta mereka bersurai dan pulang ke rumah, sesuai dengan Perintah Larangan Pergerakan.

Kredit Foto : -NSTP/NOR FARHANI CHE AS

Malangnya, suspek tidak mengendahkan arahan polis dan bertindak agresif terhadap anggota bertugas. Disebebkan itu, suspek ditahan.

Difahamkan, suspek ditahan dibawah Seksen 186 Kanun Kesiksaan kerana menghalang anggota menjalankan tugas yang mana jika didapati bersalah bakal berdepan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain kesalahan berkenaan, suspek juga akan disiasat dibawah akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terjejas setempat) Peraturan 2020 yang mana jika didapati bersalah, akan dikenakan denda sehingga Rm 1,000 maksimum atau dipenjarakan selama 6 bulan atau kedua – duanya.

Dalam masa yang sama, suspek mungkin berdepan dengan lebih banyak masalah atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan diri setelah diminta pihak berkuasa.

Penahanan ini adalah mesej kepada orang awam diluar sana yang masih berdegil selain perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Jika tidak, bersedialah berdepan dengan denda atau tindakan mahkamah.

Orang awam sekali lagi diingatkan supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang setakat ini telah mencecah 900 kes dan ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-4 tertinggi di Asia.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah