Chalet Kontena Siap Dengan 'Pelantar Kecil' Untuk Si Kaki Pancing
JALAN-JALANApril 03, 2020 - 04:55 PM
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai antara kita yang sememangnya kaki jalan atau kaki pancing 'gian' je untuk bercuti di tepi laut, kan?
Yela, sambil bercuti menikmati keindahan pantai dapat juga menghabiskan masa dengan memancing ikan-ikan laut.
Korang tahu tak sebenarnya di Pulau Marina, Lumut, Perak ada sebuah destinasi khas untuk kaki pancing yang ingin membawa keluarga mereka bercuti. Bak kata orang 'si ayah dapat memancing, si ibu dan anak pula dapat bercuti'!
Walaupun Pulau Marina ni tak sepopular Pulau Pangkor, meskipun jarak antara keduanya hanya sekitar 10 minit sahaja -- namun di Pulau Marina terdapat sebuah chalet yang dibina dengan style homestay dan berkonsepkan kontena yang sudah diubah suai menjadi cantik serta sangat selesa untuk dihuni oleh seisi keluarga.
Chalet tersebut dinamakan sebagai Rockbund Fishing Chalet.
Di hadapan chalet disediakan khas beberapa deretan 'pelantar kecil' untuk digunakan oleh kaki pancing bagi memarkir joran masing-masing.
Chalet berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan dewan, kafe dan barbeku, namun di kawasan chalet terbabit tidak sesuai untuk bermandi-manda dan jika ingin melakukan aktiviti air korang terpaksa memandu ke destinasi lain seperti Teluk Batik.
Bagi yang tidak ingin bermalam pun, pengunjung masih boleh menikmati makan malam di kafe chalet berkenaan sambil menikmati pemandangan senja yang cukup indah.
Bagi mendapatkan cenderamata, pengunjung boleh memandu sejauh 12 kilometer ke pekan Lumut untuk membeli-belah cenderamata atau hasil laut kering untuk dibawa pulang.
Sekiranya berminat dan ingin mengetahui lebih terperinci mengenai Rockbund Fishing Chalet, boleh layari Facebook mereka atau hubungi 016-558 0388.
P/S: Sementara tengah PKP ni, korang usha-usha jela dulu gambar tempat ni ya. Reda COVID-19 nanti baru start enjin bercuti ke sini! Hehehe...
Sumber: Harian Metro & Kredit Gambar: Rockbund Fishing Chalet
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah