Putrajaya Bakal Miliki Masjid Ketiga Berkonsepkan Al-Quran

VIRAL
May 11, 2020 - 01:12 PM


Putrajaya bakal memiliki masjid ketiga berkonsepkan ‘Al-Quran' serta membina 'Quran Village' di tapak yang sama bagi memartabatkan budaya Islamik dan ilmu al-Quran khususnya kepada pelancong dari luar negara.

Rancangan bagi menubuhkan masjid ketiga itu timbul memandangkan populasi penduduk Putrajaya dalam tempoh 5 tahun akan datang dijangka semakin bertambah sehingga 300,000 orang.

Buat masa ini, Putrajaya memiliki dua buah masjid iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra untuk kegunaan lebih 120,000 penduduknya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata tapak pembinaan masjid itu dikenal pasti di Presint 14 dan pihaknya sedang meneliti pembinaan projek berkenaan.

“Kami juga sedang meneliti cadangan untuk membina ‘Quran Village’ di tapak yang sama dengan pembinaan masjid ketiga itu

“Sekarang kita ada lebih 120,000 penduduk Putrajaya dan kami sedang merancang untuk menambah pembinaan rumah di sini bermakna keperluan masjid itu akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Al-Quran Al-Karim Mushaf Putrajaya, semalam.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah