Wow, 'Hameediyah' Diiktiraf Restoran Nasi Kandar Tertua Di Malaysia!

MAKAN
July 08, 2020 - 12:00 PM


Siapa dekat sini yang kalau pergi bercuti ke Pulau Pinang mesti wajib singgah pekena nasi kandar sedap dekat Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell, Georgetown?

Mesti ramai yang pernah merasai kelazatan hidangan popular orang Utara tu, kan...

Korang tahu tak semalam (7 Julai) -- Restoran Hameediyah telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai "restoran nasi kandar tertua" di negara ini!

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong berkata restoran nasi kandar itu yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa telah berusia lebih 100 tahun dan mula menjalankan perniagaan sejak tahun 1907.

Meskipun dah mencecah lebih 1 abad namun restoran itu masih kekal popular sehingga ke hari ini.

Malah restoran nasi kandar ini kini telah diwarisi generasi ketujuh keluarga berkenaan!

Sijil pengiktirafan MBR itu diserahkan kepada pemilik restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.

Dalam pada itu, Ahamed melahirkan kesyukuran atas pengiktirafan MBR itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.

"Kami sangat gembira atas pengiktirafan ini dan kami berasa sangat istimewa dan dihormati," katanya.

Menurutnya, restoran Hameediyah menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini," katanya.

Sementara itu, Ahamed berkata restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya.

Bulan depan satu lagi cawangan baharu dijangka dibuka di Sungai Ara, Georgetown.

Sumber: Bernama

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah