Sarang By The Brook - Penginapan Kontena Tiffany Blue Yang Mendamaikan Di Kuala Kubu Bharu
HOTELAugust 18, 2020 - 03:17 PM
Sekarang ni bila kita dah boleh pergi melancong dan Cuti-Cuti Malaysia, mesti antara yang paling sibuk atau pening kepala nak cari destinasi percutian menarik pastinya golongan ibu bapa.
Setiap kali menjelang hujung minggu mesti anak-anak dah bising dan merengek ajak pergi jalan-jalan kan...
Kalau korang tak tahu nak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana hujung minggu ni, apa kata korang cuba bawa mereka 'staycation' di SARANG BY THE BROOK, Kuala Kubu Bharu, Selangor!
Lokasinya juga tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur hanya kira-kira 1 jam dan sangat mudah untuk mengesan tempat ini kerana ia berdekatan dengan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu.
Kenapa 'Sarang By The Brook'?
Sebab ia merupakan sebuah tempat penginapan unik berupa kontena berwarna 'tiffany blue' yang murah, lengkap dengan kolam renang, dikelilingi alam semulajadi yang menyejukkan serta boleh beriadah bersama keluarga di air terjun berdekatan.
Kiranya semua pakej menarik ada untuk korang 'pancing' anak-anak berhibur di sini dan mesti dorang pun teruja kegembiraan!
Sarang by the brook ini yang dihiasi dengan bilik-bilik penginapan berbentuk kontena yang dicat dengan warna biru tiffany sangat cantik dan mempesonakan untuk korang bergambar Instagram di sini.
Apatah lagi warna biru kontena itu sangat sepadan dengan warna air di kolam renang besar yang berada di tengah-tengahnya.
Korang juga boleh membuat sesi barbeku atau majlis secara kecil-kecilan untuk hari keluarga atau reunion bersama kawan-kawan lama kerana mereka turut menyediakan ruangan berbumbung dan set kerusi meja bersebelahan dengan kolam renang tersebut, ala-ala 'pool party' gituhhh...
Jenis Bilik?
Di Sarang by the brook, mereka menawarkan 3 jenis bilik penginapan iaitu :
1) Regular Room (160 kaki persegi)
2) Big Room (192 kaki persegi)
3) Bigger Room (320 kaki persegi)
Semua katil untuk bilik-bilik di sini adalah jenis Queen Bed dan korang boleh minta untuk tambah tilam single bed jika mahu.
Selain itu, setiap bilik juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin, perkhidmatan WiFi, bilik mandi dan korang boleh memilih sama ada mahukan bilik yang mempunyai pemandangan kolam renang ataupun hutan hijau.
Harga Bilik?
1) Regular Room - RM 180
2) Big Room - RM 210
3) Bigger Room - RM250
*Harga berbeza pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Selain mempunyai tarikan air terjun berdekatan penginapan kontena di sini, Sarang by the brook turut menyediakan kemudahan istimewa lain iaitu perkhidmatan shuttle percuma dari stesen KTM Kuala Kubu Bharu.
Jadi kalau korang takde idea untuk bersantai ke mana pada hujung minggu ini, bolehlah bawa anak-anak dan keluarga ke sini kerana ia pasti menjadi suatu pengalaman percutian yang sukar dilupakan serta sangat mendamaikan jiwa!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah