Ini Rare! Bean Brothers Cafe Tawarkan Pengalaman Makan Dalam Kilang
MAKANAugust 26, 2020 - 05:10 PM
Sekarang ni banyak kita tengok kedai-kedai yang menggunakan konsep yang agak unik tapi menarik. Itu juga merupakan salah satu taktik untuk menarik pelanggan. Biar kedai pelik janji makanan sedap dan berbaloi.
Terdapat satu kedai yang agak unik bagi saya kerana pada pandangan pertama saya ingatkan kilang rupa-rupanya restoran. Kedai yang saya maksudkan itu adalah Bean Brothers Cafe.
Mereka menggunakan bangunan yang seakan-akan kilang untuk membuka restoran mereka. Tetapi apabila masuk di dalamnya, memang sangat menarik. Cara susunan meja dan kerusi serta dekorasi kedai tersebut sangatlah cantik ala-ala cafe ‘hipster’.
Cafe ini terletak di Sunway Damansara dan waktu beroperasi bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan turut buka setiap hari.
Terliur jugak lah bila tengok makanan yang dihidangkan di sini. Konsep di sini juga lebih mengetengahkan macam ‘coffee’ date or lepak-lepak di waktu pagi atau petang. Untuk anda yang rasa nak chill sambil buat kerja di sini pun boleh juga.
Salah satu ‘extra’ point apabila anda berada di sini, ‘of course’ lah nak bergambar. Kedai dah cantik mestilah nak bergambar dan kongsikan di sosial media kan.
Jangan lupa singgah di ‘kilang’ ini apabila anda berada di Sunway Damansara okay! Ramai yang cakap, nak datang sini kena pakai baju tebal sebab sejuk. So take note okay!
sumber: mysantaitv
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah