Nak Cuba Cycling? Ini Adalah 5 Lokasi Cycling Sekitar Lembah Klang
GAYA HIDUPSeptember 02, 2020 - 12:13 PM
Sejak negara kita keluar dari fasa PKP dan PKPB, ramai yang sudah mula kembali aktif dalam beriadah dan bersukan. Ada yang rindu dengan aktiviti tu, dan ada yang dah makin naik berat badan. Maklumlah duduk rumah 3 bulan memang susah nak buat aktiviti sihat. Dan salah satu aktiviti yang diceburi ramai sekarang ni adalah aktiviti cycling. Nampaknya orang yang tak pernah cycling pun cuba melakukan aktiviti ni.
Jadi pada kali ni, min nak share beberapa tempat di Lembah Klang yang memang sesuai dan menjadi pilihan cyclist tegar.
1. Taman Botani Negara, Shah Alam
Taman ini memang menjadi port orang Shah Alam untuk cycling kerana sewaan untuk berbasikal turut disediakan. Taman seluas 1,295 hektar ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan menenangkan. Sesuai untuk berbasikal pada hujung minggu.
Sewa Basikal: Disediakan – RM 10 untuk 1 jam pertama dan RM 1 untuk jam seterusnya.
2. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
Penat dengan kehidupan bandar? Datang je sini dan cuba aktiviti cycling. Terdapat beberapa trail di sini dari ‘beginner’ ke ‘expert’. Jadi tak perlu risau kalau anda baru nak cuba cycling dan trail di sini adalah ‘off road’. Sesuai untuk bina stamina buat para cyclist.
Sewa Basikal: Disediakan – RM 6 (basikal kecil) / RM 8 (basikal besar) untuk jam pertama dan RM 2 untuk jam seterusnya.
3. Taman Metropolitan, Kepong
Satu lagi lokasi di Kepong, taman ini ada laluan basikal sepanjang 3KM dan jalannya agak rata tak berbukit sangat. Dengan kata lain, sesuai dengan orang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti ni. Dengan pemandangan yang cantik dan tenang, lokasi ni memang jadi pilihan penduduk tempatan.
Sewa Basikal: Tidak disediakan.
4. Taman Bukit Kiara, TTDI
Di taman ni, jalannya agak luas menjadikan ia lokasi tumpuan para joggers dan juga cyclist. Cuma jalan disini agak curam sedikit jadi anda perlu berhati-hati dengan pejalan kaki ketika turun dari bukit okay?
Sewa Basikal: Tidak disediakan.
5. Taman Botani, Putrajaya
Lokasi tumpuan ketika weekend, memang penuh dengan orang yang menikmati pemandangan cantik dan menenangkan. Ada banyak cabang jalan di sini dan anda boleh menikmati pemandangan itu ketika berbasikal
Sewa Basikal: RM 2 setiap jam
Jadi itulah lokasi-lokasi di lembah Klang yang ramai suka pergi untuk cycling. Walaupun ada banyak lagi lokasi cantik, apa kata anda yang jarang cycling tu cuba dahulu tempat-tempat ni okay? Memang sesuai untuk beginner bak kata orang. Selamat berbasikal!
Sumber: We Are Cyclist
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah