Nightbus 127 di Jenjarom Membawa Pengunjung Kembali Zaman Dulu-Dulu

MAKAN
September 03, 2020 - 11:19 AM


Nampaknya dah menjadi trend zaman sekarang apabila kebanyakkan dekorasi kedai makan memilih tema zaman mak ayah kita kecil sebagai daya tarikan untuk orang ramai. Terbaru Nightbus 127 di Jenjarom pasti akan mengimbau kembali kenangan kita kecil-kecil berada di dalam bas. 

Susah untuk kita jumpa kedai makan yang membawa konsep ‘vintage’ atau lebih dikenali dengan konsep klasik. Terdapat satu tempat di Jenjarom, Selangor yang pasti bakal menarik perhatian anda.

Kedai yang dimaksudkan itu adalah Nightbus 127. Perkara yang menambahkan lagi keunikannya ialah kedai ini dibina daripada bas! Menarik kan? Jarang lagi kita jumpa kedai yang diubahsuai menggunakan bas.

Apabila makan di dalam bas ni, mesti akan terasa 'vibe' klasik kan. Terimbau kembali zaman dulu-dulu balik sekolah naik bas, ataupun ikut rombongan menaiki bas dan pelbagai lagi.

Dekorasi dalaman serta luaran ditambah baik lagi dengan kombinasi warna yang menarik serta mempersona. Tambahan lagi, terdapat juga tempat duduk di luar, tapi mesti lah kena cuba makan di dalam bas barulah dapat merasai suasana nostalgik tu kan.

Makanan yang disediakan juga agak menarik dan menyelerakan. Kalau anda tengok gambar pon dah terliur apatah lagi bila nampak di depan mata. Makanan di sini lebih mengutamakan masakan barat. Ramai pelanggan yang datang ke sini, pulang dengan wajah gembira.

Untuk datang ke sini anda boleh saja waze 'Nightbus 127'. Anda boleh terus singgah ke laman Facebook mereka untuk mendapatkan segala informasi terkini.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah