Hidden Gems Di Banjaran Bengoh, Macam Dalam Filem Jurassic World!
JALAN-JALANSeptember 03, 2020 - 04:00 PM
Banjaran Bengoh lebih dikenali sebagai Bengoh Range dan ia terletak di Padawan, Sarawak. Kalau korang travel ke Bandar Kuching, lokasi tempat Banjaran ini tidak jauh. Hanya 1 jam 30 minit je dari bandar ke tapak permulaan banjaran.
Perjalanan Ke Tapak Permulaan
Untuk pergi ke tapak permulaan iaitu empangan Bengoh korang kena menaiki bot selama 30 minit sebelum sampai. Tak lama pun, tambah pula pemandangan di kawasan ni memang sangat cantik dan sesuai untuk ambil gambar. Tapi bot ni korang kena sewa tau.
Pendakian Ke Puncak Banjaran Bengoh
Bila dah sampai di empangan (tapak permulaan) korang bolehlah memulakan pendakian yang akan memakan masa selama 4 jam ni. Jadi make sure stamina semua cukup okay? Jangan risau, korang memang kena upah tour guide dekat situ sebab ada guard yang jaga tak bagi masuk kalau tak ada guide.
Sepanjang perjalanan naik nanti korang akan berjumpa dengan 3 air terjun iaitu Curtain, Koring dan Pe’an (Puba’an) untuk 1 jam yang pertama. Nak sampai ke air terjun terakhir, Susung (Shushung) pula memakan masa selama 45 minit. Ini naik saja tau, kalau turun sekali lebih kurang 4 jam la.
Tiba Di Puncak
Setibanya korang di puncak, korang akan jumpa Kampung Sting dan disini siap sedia la untuk menikmati pemandangan yang sangat cantik ni. Korang boleh tengok pemandangan 180 darjah banjaran dan empangan Bengoh dari sini. Orang luar siap buat filem guna CGI nak dapatkan pemandangan macam ni tapi kita di Malaysia ni memang wujud tempat cantik macam ni.
Apa pun kalau korang ada persoalan tentang harga apa semua bolehlah bertanya terus ke tuan punya gambar di bawah ni okay?
Today’s adventure: Undiscovered the hidden gems of Bengoh Range at Padawan Sarawak. It takes about roughly 4 hours of...
Posted by Aizaharwani MJ on Saturday, June 27, 2020
Kredit: Aizaharwani MJ
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah