Glamping Viral Baru Di Cameron Ni, Siap Ada Smart TV Wei! Tapi Harga Murah Je Semalam..

HOTEL
September 08, 2020 - 01:43 PM


Meskipun setiap hujung minggu, ramai yang melaporkan kesesakan trafik untuk naik ke destinasi percutian popular di Pahang iaitu Cameron Highlands seakan 'azab' dan mencabar dengan jem teruk selama berjam-jam lamanya...

Namun itu semua tidak pernah membantutkan rancangan percutian yang diatur bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai suasana kedinginan tanah tinggi seperti di luar negara.

Maka, tidak hairan jugalah semakin banyak tempat-tempat penginapan yang unik dan berkonsep istimewa tumbuh bak cendawan selepas hujan untuk memenuhi permintaan pelancong tempatan yang tengah sakan cuti-cuti Malaysia dalam tempoh PKPP sekarang ni.

Kalau sebelum ini, Rileklah pernah memviralkan penginapan 'rare' iaitu A'Moss Farmstay di Brinchang yang menawarkan percutian dalam khemah berbentuk dome -- tapi kali ini ada satu lagi port baru seakan berkonsep sama ala-ala glamping yang boleh korang cuba jika naik ke Cameron Highlands!

Artikel berkaitan: Nak Penginapan Yang 'Rare' Di Cameron Highlands, Anda Kena Cuba Stay Di A'Moss Farmstay Ini!

Port baru yang dimaksudkan ialah THE BACKYARD GLAMPING, Kampung Sedia di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Kenapa namanya 'backyard' adalah kerana glamping tersebut terletak betul-betul di belakang rumah pemiliknya dan pastinya aspek keselamatan di sini dijaga dengan baik.

Menurut salah seorang tetamu, Nur Hanani Ismail yang menginap di sana baru-baru ini memaklumkan bahawa pengalaman bercuti di The Backyard Glamping sememangnya sangat menyeronokkan dan penuh dengan privasi.

Ini kerana khemah utama yang disediakan bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan tempat tidur yang luas dan selesa, malah turut merangkumi :-

- 1 tilam queen, 1 tilam single

- Cerek air panas

- Complimentary mineral water & instant coffee'

- Tuala mandi

- Tempat BBQ

- Campfire

- Water heater & tandas

- Dapur & sinki

- Ruang parking

Tetapi yang paling menarik dan jarang ditemui di tempat penginapan glamping lain atau di sesetengah hotel pun -- adalah The Backyard Glamping turut menyediakan Smart TV yang korang boleh layan Netflix dan Youtube sambil menghirup kopi panas dalam cuaca sejuk Cameron. 

Kalau rasa tak nak layan TV, korang juga boleh buat aktiviti BBQ dan sembang-sembang santai dengan kengkawan sambil merasai kehangatan unggun api pada waktu malam.

Disebabkan lokasi The Backyard Glamping ni di Tanah Rata yang sememangnya terkenal dengan port-port makan best di Cameron -- jadi korang tak perlu risau pun untuk cari makan sebab Nasi Lemak Abang Strawberry yang popular tu pun dekat je kalau nak jalan kaki hanya sekitar 250 meter sahaja.

Harga untuk satu malam bagi khemah utama adalah RM180 dan khemah tambahan hanya RM80.

Jika korang berminat untuk bercuti di sini, korang boleh menghubungi nombor 013-2666523 atau 011-2884 1886 dan layari Facebook mereka di The Backyard Glamping Cameron Highlands.

Sumber: FB Nur Hanani Ismail & The Backyard Glamping Cameron Highlands

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah