5 Lokasi Best Yang Korang Boleh Pergi Di Penang Untuk Bersiar-Siar
TARIKANSeptember 23, 2020 - 11:02 AM
Penang merupakan antara negeri yang paling banyak tarikan dalam Malaysia tau. Walaupun kecik je Penang tu dalam peta Malaysia, jangan ingat negeri ni hanya ada laksa dan nasi kandar je. Macam-macam tarikan yang ada untuk korang berjalan-jalan dengan member atau keluarga di sini. Jadi inilah dia 5 lokasi best di Penang untuk korang semua.
5) Jurassic Research Centre
Di sini korang boleh melihat sendiri betapa besarnya dinasaur pada zaman dahulu. Dengan replika 1:1 dinasaur pada zaman dahulu dan teknologi animatronik, korang boleh tengok sendiri macam mana dinasaur tu bergerak dan banyak juga yang mempunyai suara tersendiri.
Korang juga boleh belajar mengenai fosil dinasaur dan mempelajari bagaimana ahli arkeologi mengenal pasti umur fosil tersebut. Yang pasti, lokasi ni memang sesuai untuk bawa kanak-kanak.
Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
Harga: Dewasa - RM58 / Kanak-Kanak - RM48
4) Ghost Museum Penang
Dah Bosan masuk rumah hantu dan sakit jantung sebab terkejut? Kali ni korang boleh masuk dengan tour guide dan dia siap explain lagi jenis-jenis hantu tu dekat korang tau.
Kalau selama ni korang hanya tengok hantu dalam filem je, kali ni korang belajar la asal usul setiap hantu yang ada di Malaysia ni datang dari mana, kenapa dia jadi hantu, dan apa nak buat kalau kena tersempak dengan hantu tersebut.
Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Harga: Dewasa - RM18 / Kanak-Kanak RM10
3) Avatar Secret Garden
Siapa je yang tak kenal dengan makhluk biru tinggi lampai dalam cerita Avatar pada tahun 2009 dulu. Satu dunia kagum dan terpesona dengan keindahan dunia Pandora yang penuh dengan kehijauan dan flora fauna.
Kini korang tak perlu pergi jauh lagi, datang je dekat Avatar Secret Garden dan alami sendiri keindahan dunia tersebut. Setiap pokok-pokok di sini dilengkapi dengan cahaya warna-warni, memang sangat cantik. Oh ya, datang waktu malam tau, baru feeling tu gempak sikit.
Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Harga: Percuma
2) Penang 3D Trick Art Museum
Kalau korang nak bergambar untuk Instagram, jangan tengok tempat lain lagi. Muzium ni penuh dengan 3D art yang sangat realistik. Kadang-kadang walaupun ada depan mata pun, boleh keliru lagi macam mana boleh dapat gambar macam tu.
Ada banyak tarikan di muzium ni, yang pasti gambar-gambar yang diambil akan nampak sangat unik dan membuatkan followers korang tertanya-tanya macam mana nak ambil gambar tu.
Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.
Harga: Dewasa - RM15 / Kanak-Kanak - RM10
1) Asia Comic Cultural Museum
Bagi peminat komik atau manga, lokasi ni memang best. Terdapat komik dari pelbagai negara seperti Korea, Jepun, China, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, dan Malaysia. Korang boleh jumpa komik Malaysia edisi terhad di sini.
Bukan tu je, korang juga boleh belajar tentang sejarah penerbitan komik-komik tersebut dan struggle pelukis yang menghasilkan karya mereka. Memang sangat sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Alamat: 2nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang
Harga: Dewasa - RM15 / Kanak-Kanak - RM10
Tak Perlu Pilih-Pilih, Pergi Je Semua Lokasi Ni!
Menarik kan semua tarikan yang ada di Penang ni? Ni baru sikit je tau, ada banyak lagi. Jadi korang tak payah pening-pening nak pergi mana, kalau pandai plan semua tempat ni boleh pergi dalam masa 1 hari. Dan macam biasa, korang jangan lupa jaga penjarakan sosial, pakai sanitizer, dan face mask okay? Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah