Tak Tahu Nak Buat Apa Di Kuching? Ada Banyak Lokasi Menarik Di Sini Tau

JALAN-JALAN
September 28, 2020 - 01:23 PM


Kuching, Sarawak, merupakan sebuah bandar yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang yang tak pernah sampai ke Sarawak pasti dapat merasakan kelainan bandar Kuching bila datang sini. Lokasi yang strategik ini menempatkan pelbagai kaum lain seperti Iban dan Dayak. Disebabkan itu, bandar ini mempunyai banyak budaya unik dan lain daripada yang lain. Jadi kalau korang datang ke Kuching dan tak tahu nak pergi mana sebab banyak sangat lokasi menarik, boleh pergi ke tempat-tempat di bawah ni.  

 

1) Kuching Wetland National Park

Terletak 5 km dari Pantai Damai, taman yang berkeluasan 6610 hektar ni kebanyakannya terdiri daripada hutan paya air masin. Pemandangan dari udara akan menunjukkan lingkaran yang sangat cantik dan tersusun.

Untuk menelusuri lingkaran ini, korang perlu menggunakan bot sewa yang ada. Mesti tak menyesal.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching

 

2) Muzium Kucing

Tak masuk akal la bila dah sampai bandar Kuching tapi tak pergi muzium kucing. Ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia tau, malah agak besar dengan keluasan 1000msq.

Ada 4 buah galeri dan 50 pameran berbeza seperti kucing zaman dulu, jenis-jenis kucing, kucing zaman purba, dan macam-macam lagi la. Serius ni, korang kena try datang sini.

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching

 

3) Gunung & Taman Negara Santubong

Kalau korang nak aktiviti lasak sikit, boleh mendaki ke puncak gunung yang setinggi 810 meter ini. Ada 4 laluan yang korang boleh gunakan iaitu laluan Bukit Puteri, Perkampungan Budaya Sarawak, Green Paradise Café, dan Permai Rainforest Resort.

Kalau tak biasa hiking dan nak laluan mudah, min suggest ambil laluan Bukit Puteri, dalam 6km macam tu Sekejap je sampai atas.

Alamat: Taman Negara Santubong, Kuching, Sarawak

 

4) Sarawak River Cruise

Basically lebih kurang macam Melaka River Cruise di mana korang akan menikmati pemandangan sekitar Kuching sambil menyelusuri Sungai Sarawak. Ada 2 pakej, Sunset Cruise dan Sightseeing Cruise.

Sightseeing Cruise hanya ada pada weekend saja bermula jam 3 petang manakala Sunset Cruise ada setiap hari bermula jam 5.30 petang. Ada masa lebih, try dua-dua okay?

Alamat: Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak

 

5) Fairy Cave

Merupakan gua batu kapur yang sangat besar berusia lebih dari 100,000 tahun. Hanya mengambil 1 jam perjalanan dari Kuching dan pemandangan dalam gua ni memang kena dengan namanya. Macam dalam dunia pari-pari, cantik sungguh.

Pakai kasut bersesuaian ya, kerana lalauan di dalam agak curam walaupun ada tangga disediakan.

Alamat: Gua Pari Pari / Fairy Cave, Bau, Sarawak

 

Jom Try Pergi Semua Tempat Di Atas!

Ada banyak lagi aktiviti dan lokasi menarik di Kuching ni, terlalu banyak sejarah dan budaya di bandar ni untuk min letakkan dalam satu artikel. Kalau korang ada masa, try pergi semua tempat ni. Confirm pengalaman korang sangat unik dan menarik berbanding korang pergi ke shopping mall atau air terjun biasa. Dan ingat, jangan lupa jaga jarak sosial, pakai mask, dan patuhi SOP okay? Have fun~

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah