Sarawak Bakal Miliki Muzium Terbesar Di Malaysia Yang Akan Dibuka April 2021
TARIKANSeptember 28, 2020 - 03:30 PM
Sesuai dengan statusnya sebagai negeri paling besar di Malaysia, Sarawak juga bakal memiliki muzium yang terbesar di negara ini serta kedua terbesar di Asia Tenggara!
Muzium tersebut yang diberi nama Kompleks Muzium Sarawak akan dibuka secara rasmi untuk kunjungan orang ramai pada April tahun depan.
Kompleks muzium itu yang dibina dengan keluasan 6,726 meter persegi dan bernilai RM323 juta pada mulanya dicadang untuk dibuka secara rasmi pada Disember tahun ini, tetapi terpaksa menundanya berikutan pandemik COVID-19.
Selain memiliki sebanyak 1,660 barang pameran di muzium baharu itu -- 200 daripadanya merupakan barangan pameran yang bersaiz besar.
Bukan itu sahaja, malah sebuah bot perang kaum Iban dan dua tiang pengebumian kaum Punan bakal turut menjadi tarikan pengunjung ke muzium berkenaan.
"Pada masa ini proses mengatur semula barang-barang yang akan dimasukkan ke muzium sedang berjalan dengan baik," kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menyaksikan upacara penerimaan tiang pengebumian "Kelidieng" kaum Melanau berusia lebih 200 tahun di kompleks itu, baru-baru ini.
Mengenai kadar bayaran masuk ke muzium tersebut, ianya belum ditentukan lagi dan masih dalam perbincangan.
Namun yang pasti kadar bayaran itu akan berbeza untuk rakyat tempatan dan juga orang yang datang dari luar Sarawak.
"Bagi mempromosikan budaya kita sendiri kepada anak kita, kita mesti kurangkan sehingga kadar minimum, kerana kita mahu kumpulan etnik Sarawak dapat mengetahui adat budaya mereka sendiri," katanya.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah