Tak Tahu Mana Nak Berjalan Di Pahang? Jangan Risau, Ini Adalah 5 Lokasi Menarik Di Pahang

JALAN-JALAN
October 02, 2020 - 12:11 PM


Siapa kata Pahang tak ada lokasi menarik? Walaupun negeri Pahang kehilangan lebih dari 1 juta pelancong, tak bermakna negeri ni tak ada keunikan sendiri. Jadi kalau korang yang tak pernah datang Pahang tu, nak berjalan tapi tak tahu nak pergi mana boleh tengok di bawah ni.

 

1) Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Terdapat lebih daripada 20 ekor gajah yang ditempatkan di santuari ni setelah diselamatkan dari habitat mereka akibat diburu oleh pemburu haram. Kalau korang datang sini, korang boleh beri makan kepada gajah-gajah tersebut dengan makanan seperti pisang, tembikai, tebu, rumput, dan akar kayu.

Korang juga boleh melihat pameran yang disediakan dan belajar mengenai sejarah tersebut. Sebelum balik, jangan lupa tengok gajah mandi okay.

Alamat: Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang

Waktu: Isnin – Ahad (8.00 am – 1.00 pm, 2.30 pm – 4.30 pm) | Jumaat (8.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 4.30 pm)

Harga: Percuma

 

2) Bukit Tinggi

Memang tak dinafikan, lokasi di sini menawarkan keunikan dan keindahan seni bina yang memberikan feeling seolah-olah berada di negara Perancis. Ada banyak tarikan di Bukit tinggi ni antaranya adalah Colmar Adventure Park, Rabbit Farm, Horse Trail Rides, Japanese Village, dan banyak lagi la. Senang cerita Bukit Tinggi ni lokasi wajib pergi dalam travel Malaysia.

Alamat: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

 

3) Natural Batik Village

Batik ni merupakan salah satu khazanah negara kita dan masih ramai yang tak tahu cara batik diproses dan dihasilkan. Jadi korang boleh datang sini dan buat sendiri design batik korang! Bukan tu je, ada banyak lagi pameran dan sejarah yang korang boleh pelajari di sini.

Sebelum balik tub oleh juga nak beli produk batik dan harga dia memang berpatutan, tak mahal macam batik-batik lain yang dijual diluar sana.

Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang

Waktu: 10 Pagi – 7 Malam

 

4) Bukit Gambang Resort City

Memang tak sah kalau pergi Pahang tapi tak datang sini. Lokasi ni memang sesuai kalau korang bawa family untuk pergi bercuti. Dia punya water park di resort ni memang best, ada lazy river dan gelongsor air yang laju.

Bukan tu je, ada juga Safari Park yang terbesar di Malaysia. Tak cukup aktiviti lagi? Korang boleh pergi ke Active Academy untuk aktiviti flying fox, memanah, paintball, dan ATV.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan

Harga: Bermula dari RM  18 je.

 

5) Gunung Tahan

Kalau teringin nak mendaki gunung, apa kata pergi ke Gunung Tahan. Ia merupakan puncak yang paling tinggi tau di Semenanjung Malaysia pada 2000 meter ketinggian. Tapi min tak suggest untuk beginner datang sini sebab agak mencabar.

Untuk sampai ke puncak kemungkinan besar korang kena bermalam di hutan, dan hiking sepanjang hari. Tapi kalau korang okay, memang confirm pengalaman ni tak akan dilupakan.

Alamat: Taman Negara National Park, Pahang

 

Jangan Lupa Jaga SOP

Dah macam-macam tempat yang ada dalam list ni, tu pun banyak lagi tau lokasi menarik yang ada di Pahang ni. Dan macam biasalah, dah pergi travel tu kita kena jaga penjarakan social dan kena pakai mask demi keselamatan kita dan juga orang lain. Jaga SOP yang diberikan, jangan degil. Have fun di Pahang!

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah