Lankayan Island Dive Resort Di Sabah Pasti Memukau Mata Anda Dengan Keindahannya

HOTEL
October 14, 2020 - 08:30 AM


Tiada siapa yang dapat nafikan bahawa pulau-pulau di Sabah sememangnya sangat cantik dan jernih. Kini, ada lagi satu pulau yang ramai dari Semenanjung tak tahu iaitu Pulau Lankayan. Terletak di lautan Sulu, korang cuma perlu mengambil masa selama satu jam setengah untuk sampai ke sini dari Sandakan menaiki bot.

Di Lankayan Islan Dive Resort, terdapat 23 buah chalet kayu yang korang boleh pilih dan setiap dari chalet tersebut lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan. Pulau Lankayan memang tak ramai orang, jadi sangat sesuai untuk korang yang tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai lagi-lagi pada musim COVID ni.

Dan seperti nama resort ni, kalau korang nak diving tak perlu naik bot lama-lama pun. Cuma beberapa minit je dari pulau korang. Tapi pemandangan di bawah laut yang dipenuhi dengan flora dan fauna memang sangat cantik. Malah, whale shark pun boleh dijumpai di sini kalau korang datang pada waktu tertentu. Whale shark ni dah menjadi satu impian bagi setiap diver untuk berjumpa bila pergi diving.

Selain daripada tu, korang juga boleh berjumpa dengan spesis penyu hijau dan penyu hawksbill di sini. Pulau ni menjadi lokasi tapak pendaratan untuk penyu dari Lautan Sulu bertelur. Dan setiap penyu yang datang akan dimasukkan di dalam rekod oleh petugas yang ada. Setiap telur yang menetas akan diambil kira, ini kerana pihak Pulau Lankayan ingin menjaga ekosistem penyu-penyu tersebut agar tidak terjejas. Bukan tu je, kalau korang nak berakit menggunakan perahu lutsinar pun boleh tau. Percayalah, memang cantik gambar korang di sini.

Malah kalau korang nak tahu, Pulau Lankayan ni diisytiharkan sebagai Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA). Dengan kata lain, segala aktiviti penangkapan ikan di sini adalah dilarang sama sekali ya. Jangan memandai nak pergi memancing, tak pasal-pasal kena tangkap nanti.

Senang cerita, Pulau Lankayan ni merupakan pulau yang ideal bagi korang yang nakkan ketenangan tanpa orang ramai, pemandangan cantik, dan kepelbagaian aktiviti. Untuk tahu dengan lebih lanjut, korang boleh pergi ke media sosial mereka di bawah.

 

Facebook 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah