IKEA - Netizen Berkongsi Makanan Apa Yang Korang Boleh Dapatkan Di Sini

MAKAN
October 14, 2020 - 09:40 AM


Meatball IKEA memang dah dikenali satu Malaysia. Walaupun ada lagi yang belum rasa, tapi mereka masih kenal dengan rupa meatball tersebut. Sampai macam tu sekali kuasa viral di media sosial ni ya. Tapi meatball tu antara salah satu daripada makanan-makanan lain yang korang boleh dapat di IKEA ni. Tapi ramai yang tak tahu apa nak order, sebab tu makan meatball je.

Jangan risau, seorang netizen yang bernama Siti Jamil berkongsi pengalaman beliau dan memberi tips di Twitter tentang apa yang korang boleh makan ketika berada di IKEA.

 

1) Ambil Troli

Antara sebab orang ramai hanya makan meatball sahaja adalah kerana mereka menganggap IKEA ni macam kedai makan biasa, boleh ambil satu pinggan je. Salah tu ya, korang boleh ambil troli dan susun makanan korang dalam troli tu.

Tapi ingat, harga air ni ikut bilangan gelas atau cawan yang korang ambil. Dan korang juga boleh refill air tersebut. Ada makanan yang boleh diambil sendiri dan ada juga yang diberikan oleh staff di sana.

 

2) Menu Yang Korang Kena Cuba

Tiga menu yang recommended oleh Siti adalah Honey Soy Beef, Ayam Peri-Peri, dan Meatball. Honey Soy Beef memang sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan. Korang suka dengan Nandos? Then korang mesti suka dengan ayam peri-peri ni, sos dia lebih kurang sama. Bukan tu je, meatball tun anti korang makan dengan mashed potato dan jam, barulah sedap.

Chicken spring roll, raspberry cake, dan mushroom soup juga menjadi pilihan Siti. Menurut Siti semuanya sedap cuma garlic bread tak mencukupi. Yelah, dah makan mushroom soup garlic bread wajib ada. Barulah puas makan.

Dan makanan wajib cuba di IKEA ni adalah Honey Garlic Chicken Wings. Caption yang diberi adalah “SEDAPPP!!!”. Ikutkan caption tu makanan ni memang wajib cuba lah. Siti siap bawa balik lagi tau. Manakala untuk air pula, ambil air warna merah. Siti pun lupa apa nama air tersebut.

Dan yang terakhir sekali lepas dan makan kenyang-kenyang mestilah kena makan dessert. Ice Cream Soya, Yogurt, dan Karipap menjadi pilihan Siti.

 

3) Makanan Sedap Di IKEA Menurut Netizen Lain

Thread di Twitter Siti ini mendapat sambutan baik dari netizen lain dan mereka juga ada memberikan pandangan dan tips makanan yang sedap di IKEA ni.

 

 

Jadi sekarang korang dah tahu kan makanan apa yang sedap di IKEA? Lepas ni bolehlah datang sini dan makan makanan selain dari meatball dia. Rugi tau korang tak cuba makan lain di sini. Memang sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan. Apa pun ingat ya, nak datang sini pakai mask dan jaga SOP okay? Bon appetite!

 

Sumber: Twitter @ctjamil92

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah