Jungle School of Gombak - Belajar Ilmu Hutan Dan Budaya Orang Asli Di Gombak

TARIKAN
October 20, 2020 - 01:29 PM


Sebagai seorang yang sering pergi travel ke sana sini, terdapat beberapa ilmu penting yang kita perlu tahu untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Dan salah satunya adalah ilmu untuk survive di dalam hutan. Kalau korang nak tahu, di Gombak, ada sekolah yang mengajar ilmu hutan ni. Jungle School Gombak terletak tidak jauh dari Batu Caves.

Dalam 18 suku Orang Asli di Semenanjung Malaysia, 10 daripadanya terletak di Gombak. Dan perkampungan orang asli ini terletak di dalam hutan hujan, di mana Jungle School ini bertapak. Program Jungle School ini merupakan satu usaha dari Mr. Raman yang datang dari Suku Semai. Beliau mahu memberi ilmu hutan kepada orang ramai dan berkongsi pengalaman hidup dalam masyarakat beliau.

 

Belajar Food Hunting Dalam Hutan

Di sini korang boleh belajar cara Orang Asli memburu makanan di dalam hutan. Salah satunya adalah dengan menggunakan sumpit. Anak panah sumpit tersebut akan disapukan dengan getah di pokok ipoh bagi meletakkan racun untuk melumpuhkan haiwan yang diburu. Dalam menangkap ikan pula, mereka menggunakan Bubu, perangkap buluh yang diletakkan di sungai. Dah belajar tu semua korang boleh merasakan pengalaman memasak di dalam hutan.

 

Jungle Trekking

Selain daripada belajar cara memburu dan memasak, korang juga boleh jungle trekking di sini dan belajar mengenai sejarah hutan di Gombak. Korang juga akan diajar beberapa ilmu penting seperti apa yang boleh korang buat kalau sesat di hutan dan sebagainya. Korang juga akan belajar tentang flora dan fauna di hutan bagi meningkatkan pengetahuan korang. Dah penat jungle trekking tu, korang bolehlah mandi di air terjun dalam hutan ni.

 

Belajar Budaya Orang Asli

Korang akan dapat belajar dan merasai pengalaman Orang Asli dari segi musik, dan seni kraftangan. Antara alatan muzik yang ada adalah Chentong, seruling yang dimainkan menggunakan hidung. Kerchang pula adalah permainan tradisional yang korang boleh cuba. Selain itu, belajar menenun barang seperti Bujam, Tempok, Cincin belah Rotan, dan macam-macam lagi.

 

Jungle School of Gombak

Jadi kalau korang nak belajar ilmu hutan dan budaya Orang Asli, korang bolehlah datang ke Jungle School ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web dan media sosial mereka di bawah:

Laman Web ǀ Facebook

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah