Jom Support Ecotourism Dengan Bercuti Di Lokasi-Lokasi Yang Berada Di Penang Ni

TARIKAN
October 21, 2020 - 01:46 PM


Eco-tourism bermaksud pelancongan yang memfokuskan kepada lokasi persekitaran semula jadi yang eksotik, terancam, dan bertujuan untuk menyokong usaha pemuliharaan dan memerhatikan hidupan liar.

Penang seringkali dikenali sebagai lokasi jalan-jalan cari makan kerana banyak kedai makan yang legend ada di negeri ini. Malah ia juga dikenali sebagai negeri yang mempunyai bandar retro kerana bangunannya yang sudah lama dibina. Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu Penang ni penuh dengan lokasi-lokasi menarik yang bertemakan alam sekitar. Jadi kalau korang baru nak mencuba eco-tourism ni, bolehlah lawati lokasi-lokasi berikut.

 

The Habitat, Penang Hill

Kita tak boleh bercakap mengenai eco-tourism tanpa The Habitat. Ia dibuka pada tahun 2016 dan dibina di tengah-tengah hutan yang berusia 130 tahun. Tua sangat ke tu? Hutan Amazon yang terkenal tu pun baru berusia 55 tahun tau. Memang tua lokasi ni. Dan korang juga boleh berjalan di atas jambatan setinggi 13 meter di Curtis Crest Tree Top Walk di mana korang boleh melihat pemandangan sekeliling hutan tersebut 360 darjah.

Alamat: Jalan Bukit Bendera, 11300 Bukit Bendera, Pulau Pinang

 

Entopia Penang Butterfly Farm

Entopia merupakan tapak pemeliharaan rama-rama yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai lebih daripada 15,000 rama-rama dan lebih kurang 60 spesis yang berbeza. Apa yang menariknya di sini ialah terdapat kelas untuk korang dan anak-anak korang menimba ilmu  tentang rama-rama.

Alamat:  No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

 

Saanen Dairy Goat Farm

Untuk haiwan pula, korang boleh datang ke ladang kambing ni. Di sini, korang boleh mendapatkan produk fresh seperti susu kambing, yogurt, dan pudding susu. Malah korang juga boleh membelai dan memberi makan kepada kambing-kambing tersebut. Bukan tu je, di ladang ni juga terdapat haiwan yang lain seperti rusa, itik, dan ostrich! Memang best untuk berjalan-jalan dengan keluarga waktu weekend.

Alamat: 298 Mukim 1 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Penang

 

Taman Negara Penang

Satu lagi lokasi wajib eco-tourism yang ada di Penang. Korang boleh pergi ke pusat pemeliharaan penyu dan lihat bagaimana proses memelihara haiwan tersebut dijalankan. Korang juga boleh mendaki ke Rumah Api Muka Head untuk melihat bangunan yang terbina sejak dari 1883 lagi. Dan kalau dah puas dengan semua ni, korang bolehlah pergi ke Pantai Kerachut untuk menenangkan diri.

Alamat: Penang National Park, Jalan Hassan Abas, 11050 Teluk Bahang, Penang

 

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

Hutan ini seluas 10 ekar sahaja dan agak kecil berbanding dengan taman negara yang lain. Namun korang masih lagi boleh lihat dan pelajari pelbagai jenis flora dan fauna yang ada di sini. Terdapat jambatan gantung yang sepanjang 1.16km. Kalau korang peminat burung, memang seronok la datang sini. Ini kerana terdapat beberapa jenis burung yang bertenggek di pokok-pokok dalam hutan ni.

Alamat: 13310 Air Hitam, Penang

 

Eco-Tourism Perlu Diperbanyakkan Lagi

Demi menjaga kesejahteraan alam sekitar dan flora dan fauna, inisiatif eco-tourism perlu dilaksanakan dengan lebih baik. Malah ramai je rakyat Malaysia yang nak mencuba benda baru tetapi tidak tahu mana nak bercuti. Jadi bolehlah masukkan lokasi-lokasi di atas dalam planner korang. Bila keadaan dah reda, korang pergi okay? Have fun!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah