4 Hotel Yang Best Untuk Bawa Anak-Anak Korang Ketika Pergi Melancong

HOTEL
October 22, 2020 - 04:19 PM


Sekarang ni dah pun hujung bulan Oktober, cepat betul masa berlalu. Walaupun kita masih lagi berada di tahap kritikal dalam pandemik ini, kita masih boleh buat perancangan untuk masa akan datang apabila keadaan sudah reda kembali. Dan disebabkan kita sedang berada pada hujung tahun, kebanyakan keluarga sedang membuat rencana untuk travel bersama keluarga. Namun setiap kali travel kebanyakan anak-anak kecil rasa bosan duduk di hotel yang rata-rata sama sahaja design mereka.

Jadi apa kata korang bawa anak-anak korang ke hotel yang memang ada design khas untuk mereka. Sama ada dari segi bilik, atau fasiliti yang disediakan. Tak ada lah mereka bad mood sepanjang masa nanti.

 

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa – Desaru, Johor

Hotel ini terletak berdekatan dengan Pantai Desaru dan hotel ini mempunyai design bilik yang sangat family friendly. Korang boleh ambil family suite di mana bilik untuk orang dewasa dan bilik kanak-kanak di tingkat bawah. Jangan risau, korang tengok gambar ni, memang bilik kanak-kanak dihias khas untuk mereka. Katil ini mempunyai design pirate ship mesti diorang seronok tidur di bilik ni.

 

Hard Rock Hotel – Penang

Terletak di Batu Feringghi, hotel ini mempunyai pelbagai fasiliti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Ianya berdekatan dengan pantai dan mempunyai kolam free-form yang agak besar. Dan hotel ini juga mempunyai kelab untuk kanak-kanak dan bayi. Bukan tu je, bilik kanak-kanak ada ps4 guys! Silap hari bulan bapaknya yang duduk dalam bilik ni.

 

Legoland Malaysia Resort – Johor

Memang tak perlu cakap banyak lagi, semua orang tahu lokasi ni memang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Ada arcade, taman permainan, dan lif bertema untuk mereka menghiburkan diri di sini. Dan bilik hotel di sini juga mempunyai pelbagai tema untuk anak korang pilih seperti tema pirate, adventure, dan kingdom. Dan yang paling penting, bilik kanak-kanak tersebut ada permainan lego.

 

Club Med – Cherating, Pahang

Kalau korang nak focus kepada aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak korang, Club Med menyediakan pelbagai fasiliti untuk mereka. Antaranya adalah kelas memasak, memanah, fesyen, dan macam-macam lagi. Yang lagi best, kalau korang ada anak bawah 4 tahun, korang tak perlu bayar harga penginapan untuk mereka. Free je. Dan ada juga khidmat babysitter untuk anak yang umur bawah 2 tahun, jadi ibu bapa bolehlah menggunakan masa yang ada bersama pasangan.

 

Rancang Perjalanan Dan Percutian Korang Dari Sekarang

Walaupun tengah naik balik kes, tapi bila dah reda nanti orang ramai akan mula keluar pergi bercuti. Waktu tu kalau korang baru nak booking bilik ke apa mungkin agak susah. Jadi rancang perjalanan korang dari awal dan berharap agar pandemik ini reda di negara kita. Apa pun jangan lupa jaga SOP dan pakai penutup muka okay?

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah