Wow, Asam Laksa Penang Dinobat Hidangan Ke-7 Terbaik Dunia! Powerlah!
MAKANOctober 30, 2020 - 02:47 PM
Siapa dekat sini yang geng min, penggemar Asam Laksa Pulau Pinang? Angkat tangan! Hehehe...
Betul la kenapa orang luar selalu jatuh cinta dengan Malaysia, sebab negara kita selain aman damai walaupun masyarakatnya berbilang bangsa -- kita juga sebenarnya adalah 'syurga makanan'!
Sebab itu tak hairan jika baru-baru ini saluran berita antarabangsa terkenal, CNN menobatkan asam laksa yang cukup popular di Malaysia di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia!
Malah, CNN sehingga menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".
Punyalah power penangan asam laksa kepada masyarakat dunia!
Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga dipelopori oleh masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) serta coklat (Mexico).
Selain Malaysia dan Thailand -- masakan dari Jepun dan China turut tersenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Sumber: CNN
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah