'Dreamland Beach Holiday' - Percutian Bak Fantasi Dongeng Kanak-Kanak Di Kudat, Sabah!
JALAN-JALANNovember 24, 2020 - 04:43 PM
Sabah sememangnya sering menjadi pilihan destinasi percutian keluarga, memandangkan Negeri Di Bawah Bayu itu kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau pandangan.
Jika nanti selepas kedaan semasa penularan pandemik COVID-19 sudah semakin pulih dan kita juga telah dibenarkan kembali untuk terbang ke sana -- mungkin korang cuba untuk bercuti di sebuah homestay berbentuk rumah segi tiga ini persis dalam cerita dongeng fantasi kanak-kanak yang biasa kita tonton di filem.
Homestay berwarna-warni ibarat pelangi ini dinamakan DREAMLAND BEACH HOLIDAY yang terletak di Kg Tampakan, Kudat, Sabah!
Kalau dari lapangan terbang ia terletak hanya sekitar 16 kilometer sahaja dan merupakan sebuah tempat penginapan terbaik bagi anda melepaskan penat dan bersantai dengan pemandangan indah laut yang terbentang luas.
Selain dilengkapi dengan restoran, homestay ini juga mempunyai kolam renang, bar dan kebun yang luas untuk anda beriadah bersama keluarga.
Bilik penginapan di sini sememangnya cantik dan cukup selesa serta dilengkapi kemudahan penghawa dingin dan tandas.
Percutian anda ke Dreamland Beach Holiday ini pastinya sangat menyeronokkan kerana selain terletak berhampiran dengan pantai, pelbagai aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti menaiki ATV, camping, memancing dan berjalan-jalan sambil menaiki bot.
Harga penginapan jenis Single Chalet hanyalah RM216 untuk 2 orang, Family Chalet RM416 untuk orang dan Big Family Chalet RM716 untuk 8 orang.
Harga chalet adalah termasuk dengan sarapan pagi. Best, kan? Jadi tunggu apa lagi, tempah dulu percutian dan kita travel nanti!
DREAMLAND BEACH HOLIDAY
ALAMAT: Kg Tampakan 89050 Kudat, Sabah
NO TEL: 016-832 5331
FACEBOOK: Dreamland Beach Holiday
WEBSITE: http://dreamlandbeachholiday.com/
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah