KLoe Hotel - Hidden Gem Yang Terletak Di Tengah-Tengah Bandar KL

HOTEL
November 25, 2020 - 04:30 PM


Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang paling busy di Malaysia. Jalannya selalu penuh dengan orang dan sesak. Kesibukan bandar membuatkan suasana sekeliling agak bising dan bingit. Kadang-kadang tu kena travel jauh untuk lari dari semua tu. Tapi sekarang ni korang tak perlu pergi jauh. KLoe Hotel ada untuk menenangkan fizikal dan mental korang.

Terletak di Golden Triangle, Kuala Lumpur, KLoe Hotel ni baru sahaja dibuka pada hujung Febuari tahun ini. Dan walaupun berada di tengah-tengah bandar, hotel ini berjaya memberikan suasana dan pengalaman yang sangat nyaman dan tenang. Ini kerana hiasan dalaman yang memberikan vibe retro tetapi masih lagi mengekalkan elemen moden melalui warna dan perabot yang digunakan.

Terdapat beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih di KLoe Hotel. Standard City Room, Deluxe Courtyard Room, dan juga Artist Loft. Jangan risau, hotel ini mempunyai 80 buah bilik dan 5 loft untuk korang duduk. Bila duduk di sini, korang akan dapat akses percuma ke fitness centre dan swimming pool mereka. Swimming pool di KLoe memang best kerana korang dapat lihat bangunan pencakar langit sambil berendam di situ.

Untuk fitness centre mereka, B.est Mind & Body, ada beberapa kelas yang korang boleh pergi seperti kelas yoga. Dan korang boleh dapat 2 kelas percuma okay bila duduk dekat sini. Ada juga ruangan living room di dalam hotel tersebut untuk korang chill dan relax sambil baca buku atau buat kerja di situ. KLoe Hotel menggelarkan lokasi ini sebagai "the heart of KLoe".

Jadi kalau korang nak berjalan-jalan pun hotel ni memang dekat dengan kawasan shopping Bukit Bintang dan Jalan Imbi. Nak lari dari kesibukan bandar? Boleh datang ke KLoe Hotel ni. Macam biasa jangan lupa untuk pakai penutup muka dan jaga SOP ya. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka di bawah. Have fun!

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah