Mee Bodoh Pak Hasan - Mee Kegilaan Orang Ramai Di Malaysia
MAKANNovember 26, 2020 - 10:25 PM
Ada sesiapa peminat tegar mee kat sini? Tapi sekejap, pernah ke korang dengar pasal satu kedai mee ni, dipanggil dengan nama yang agak kasar iaitu Mee Bodoh atau Mee Goreng Pak Hassan di Melaka. Mungkin sekali dengar agak pelik, namun itulah yang pasti dimana perniagaan mee bodoh ini sudah lebih dari 20 tahun tau.
Kedai yang diusahakan di Jalan Tengkera, Bandar Hilir itu beroperasi pada jam 8 pagi lagi. Namun, pada sesiapa yang sudah merasai keenakkan mee tu, pastinya sanggup datang hanya semata-mata untuk sepinggan mee goreng.
Korang tak pelik ke, dalam banyak-banyak nama kenapa nama mee bodoh juga yang dipanggil pelanggan di kedai ni. Menurut pengunjung setia kedai mee goreng Pak Hassan ni, mee ini di goreng tanpa sebarang perencah atau tambahan seperti ayam, daging mahupun sotong. Mee goreng kosong yang hanya diletak tauge dan sambal. Namun sebab rasanya yang sedap menyebabkan para pelanggan tidak putus-putus hadir ke gerai ini setiap hari.
Bagi melengkapkan sajian, korang boleh juga menambah pesanan seperti telur mata kerbau bagi melengkapkan hidangan tersebut. Ada juga sesetengah pelanggan suka menambah kicap dan cuka namun korang kena pastikan perut korang okay ye. Takut nanti berebut ke bilik air pulak. Harga untuk sepinggan mee disini, hanyalah RM2 sepinggan. Murah kan. Memang takkan dapat di tempat lain kecuali di Warung Mee Bodoh Pak Hassan.
Jadi pada korang yang kebetulan berada di sekitar area Melaka ni, boleh lah datang ke warung Pak Hassan ni untuk cuba sendiri bagaimana penangan mee bodoh ni. Cuma diingatkan, datang lah awal kerana dalam jam 11, mee goreng ini sudah abis dijual. Nanti korang kempunan pulak. Jadi ajak lah kawan-kawan atau ahli keluarga untuk bersarapan pagi disini ya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah