Junk Book Store - Hidden Gem Di KL Yang Mempunyai Lebih Dari 3 Juta Buku
TARIKANDecember 02, 2020 - 01:32 AM
Zaman sekarang ni buku fizikal dikatakan tidak relevan lagi sejak kebangkitan e-book. Tapi feeling bila baca buku sebenar tu memang tak dapat dibandingkan dengan baca buku dari phone atau tablet korang. Masih ramai lagi di luar sana yang lagi prefer buku tradisional berbanding e-book. Jadi kalau korang ulat buku, apa kata singgah Junk Book Store di Kuala Lumpur ni.
Terletak di Jalan Tun H.S Lee, korang memang tak akan sangka kedai ni sebenarnya agak besar. Sebab kalau tengok dari luar memang kecik je pintu dia. Betul ke kedai ni ada 3 juta buku? Ya, mereka siap masuk Malaysia Book of Records lagi tau sebagai kedai kedua terbesar yang menjual buku-buku terpakai. Malah masih ramai lagi yang menganggap ianya kedai buku terbesar di KL.
Yang menariknya, kedai buku ni ada dua tingkat tau. Dan setiap buku dah dibalut di dalam plastik bagi menjaga kualiti buku-buku tersebut. Malah terdapat banyak sangat buku di sini untuk memuaskan citarasa semua orang dari komik hinggalah ke novel. Senang cerita, kalau korang datang sini kemungkinan besar untuk korang beli beberapa buah buku yang korang minat agak besar ya.
Kedai buku yang berusia 20 tahun ni memang tak diketahui ramai kalau korang tak duduk lama di KL atau tak minat baca buku. Tapi sekarang korang dah tahu, bolehlah pergi melawat dan beli buku-buku yang menarik minat korang. Mungkin korang akan jumpa buku-buku yang rare di sini. Untuk info lebih lanjut, korang boleh pergi ke Facebook mereka. Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah