Roji Monster Ice Cream - Kedai Dessert Terbaik Yang Korang Wajib Cuba!
MAKANDecember 10, 2020 - 07:09 PM
Buat peminat aiskrim di luar sana, ada berita baik untuk korang! Siapa sangka di SS15 ni ada sebuah kedai dessert yang sangat unik dan sedap. Menggunakan tema monster comel, kedai ini diberi nama Roji Monster Ice Cream. Korang tengoklah sendiri gambar-gambar aiskrim yang dihias menyerupai maskot mereka, memang cute.
Sekarang ni terdapat 6 jenis flavor yang korang boleh pilih iaitu Uji Matcha, Black Sesame, Mango Yogurt, Milk, Seasonal Limited Watermelon Lychee, dan French Cocoa. Kalau korang perasan, mangkuk kecil di sebelah aiskrim di dalam gambar adalah topping yang korang boleh pilih. Dan terdapat 25 jenis topping yang menggunakan bahan premium tau!
Cara nak order di kedai ni pun agak unik. Korang perlu pilih kad yang mempunyai flavor yang korang nak, lepas tu ambil 2 stamp daripada 25 topping yang ada. Stamp kad tersebut. Best kan? Selain tu, ada juga makanan-makanan lain yang dihidangkan di sini seperti Monster Waffle, Matcha Latte, dan korang juga boleh buat Matche Green Tea sendiri tau.
Senang cerita, Roji Monster Ice Cream memang sebuah kedai dessert yang unik dan seronok untuk datang lepak di sini. Pengalaman buat green tea sendiri, nak ambil order memang lain daripada yang lain, korang pasti akan keluar dari kedai ini dengan senyuman di muka korang. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke media sosial mereka di bawah. Have fun!
Alamat: 28, Jalan SS 15/4, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah