Sungkai Hills Organic Farmstay - Port Percutian Berkonsep 'Glass House' Yang Pertama Di Perak
HOTELJanuary 15, 2021 - 04:51 PM
Tidak dinafikan sejak kita mempunyai pengalaman terpaksa berkurung dalam rumah akibat pandemik, ramai yang gemar memilih destinasi percutian yang mempunyai konsep unik serta dekat dengan alam semulajadi.
Jika selepas keadaan semasa peningkatan kes positif COVID-19 di negara kita semakin baik dan pulih, anda pastinya sudah tidak sabar untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kalau anda memilih Perak sebagai destinasi percutian nanti, anda boleh cuba menginap di sebuah Farmstay unik ini yang berkonsepkan 'glass house' atau rumah kaca yang pertama seumpamanya di negeri itu.
Farmstay yang terletak di Sungkai ini dinamakan SUNGKAI HILLS ORGANIC FARMSTAY!
Mula dibuka pada Januari tahun 2020, penginapan di sini menggunakan elemen kombinasi rekaan moden serta minimalis yang sememangnya popular di kalangan peminat seni reka dan golongan muda.
Ia dapat dilihat menerusi susun atur dalam rumah kaca itu, di bilik tidur, ruang tamu yang juga boleh digunakan untuk sesi berkaraoke serta kawasan dapur yang turut menerapkan reka bentuk landskap semula jadi.
Bercuti di Farmstay ini pastinya menjanjikan pengalaman riadah yang sangat mendamaikan kerana dikelilingi pokok-pokok yang menghijau serta berdekatan dengan kebun sayur-sayuran organik dan juga anak sungai.
Rumah kaca ini boleh memuatkan sehingga 22 orang dan sangat sesuai bagi keluarga besar dan gathering bersama rakan-rakan.
Keluasan farmstay ini juga sangat sesuai untuk sebarang perhimpunan kecil, pesta ulangtahun kelahiran, majlis perkahwinan, riadah, aktiviti keluarga dan lain-lain.
Selain dilengkapi dengan kemudahan WIFI, di farmstay ini anda boleh membuat aktiviti BBQ atau Steamboat kerana segala peralatan serta perkakas turut disediakan.
Bilik penginapan di sini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas air dan alat kelengkapan lain .
Terdapat 18 katil standard disediakan untuk para tetamu dan 4 katil tambahan juga diberikan sekiranya memerlukan.
Kadar sewa untuk keseluruhan sebuah rumah adalah RM2800 pada hujung minggu & cuti umum; RM2200 pada musim cuti sekolah manakala RM1600 ringgit pada hari biasa.
Sarapan pagi turut disediakan untuk keselesaan para tetamu yang bercuti ke sini.
Jadi tunggu apa lagi, rancang percutian anda seterusnya ke Sungkai Hills Organic Farmstay yang mana korang boleh juga singgah bagi menikmati Nasi Bamboo Sg Klah yang popular di kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa sekiranya ke Sungkai, Perak!
SUNGKAI HILLS ORGANIC FARMSTAY
ALAMAT: Lot 3398, Jalan Slim, Kampung Hendra Lama, 35600 Sungkai, Perak.
NO TEL: 010-229 9886
FACEBOOK: Sungkai Hills Organic Farmstay
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah