4 Restoran Makanan Korea Yang Menyediakan Perkhidmatan Delivery Di KL
MAKANJanuary 20, 2021 - 09:18 PM
Beberapa tahun kebelakangan ni dah banyak restoran yang menyediakan menu masakan Korea ada di Malaysia. Dan disebabkan kita berada dalam PKP 2.0, ramai yang dah mula kempunan nak makan makanan Korea di rumah mereka. Jangan risau, ini adalah 4 restoran makanan Korea yang ada sediakan perkhidmatan delivery di KL.
1) Sweetree Restaurant
Antara restoran Korea yang terawal dapat sijil Halal di Malaysia, restoran ni memang menjadi feveret dalam kalangan peminat Korean Food. Menu yang sedap di sini adalah Sweet & Spicy Fried Chicken, Kimchi JJigae, dan Samgyetang.
Alamat: Jalan Ampang Putra, Lot 13 L1,Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor, Malaysia, 68000
Delivery: GrabFood, Oddle
Laman Web | Facebook | Instagram
2) MyeongDong Topokki
Restoran yang menjual Korean street food. Kalau korang teringin nak makan odeng atau kimbap, boleh order dari kedai ni. Dan yang paling best, burger dia boleh tahan sedap tau. Of course la topokki dia padu guys, wajib order bersama menu lain.
Alamat: Lokasi Outlet Di Malaysia
Delivery: GrabFood, FoodPanda
Laman Web | Facebook | Instagram
3) DubuYo
Kalau korang nak makan pajeon, tteokbokki, dan bibimbap, DubuYo memang akan menepati citarasa korang. Sedap dan yang paling penting, berpatutan dengan harga yang disediakan. Chicken wings di sini juga agak sedap dan rangup untuk dimakan.
Alamat: Lokasi Outlet Di Malaysia
Delivery: GrabFood, FoodPanda, DeliverEat, Halo
Laman Web | Facebook | Instagram
4) KyoChon 1991
Brand popular dari Seoul, Korea. KyoChon 1991 memang menjadi pilihan ramai kalau nak makan ayam Korea. Kami suggest untuk ambil Soy Garlic, Honey, dan Red Pepper series. Memang sedap gila. Dan korang juga boleh mix flavor kalau tak tahu nak order apa.
Alamat: Lokasi Outlet Di Malaysia
Delivery: GrabFood
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah