Tips Dan Petua Beli Ketam Yang Fresh Dan Penuh Dengan Isi
GAYA HIDUPJanuary 27, 2021 - 07:25 PM
Lauk ketam memang agak jarang dimakan buat kebanyakan keluarga kerana harganya yang agak mahal. Tetapi sekali sekala tu boleh la nak merasakan makan ketam yang sedap ni. Cuma kadang-kadang ketam yang dibeli tak penuh dengan isi pun kan? Kosong je. Jangan risau, seorang pemuda yang bernama Ahmad Hunain berkongsi tips dan petua untuk beli ketam yang fresh dan penuh dengan isi.
1) Beli Pada Musim Yang Tepat
Menurut Hunain, isi ketam yang dibeli selepas bulan mengambang penuh jauh lebih penuh berbanding waktu lain. Isi yang padat membuatkan waktu ini sangat sesuai untuk membeli ketam.
2) Lihat Pada warna Sepit Ketam
Kalau korang nak tahu, tengok bahagian sepit ketam di pasaraya. Kalau ianya masih lagi berwarna biru maknanya ketam tu fresh lagi tau. Dan boleh juga terbalikkan ketam tersebut untuk lihat segi tiga di badannya. Kalau masih melekat, ianya merupakan tanda ketam itu segar dan sedap!
3) Beli Ketam Betina Untuk Dapatkan Telur Di Dalamnya
Kalau korang tak pernah try, telur ketam ni sangat fresh tau. Dan ianya merupakan satu flavor yang sangat sedap apabila digabungkan bersama lauk yang dimasak. Untuk bezakan jenis jantina ketam, korang boleh lihat gambar di atas. Tapi kalau tak kisah jumlah isi, pilih ketam jantan kerana isinya manis.
Jom Makan Ketam!
Jadi itulah dia tips yang dikongsikan oleh Hunain di Twitter. Kalau korang nak tengok pelbagai resipi dan tips menarik boleh baca sendiri di bawah, lebih-lebih lagi mereka yang reply tweet ini. Walaupun agak mahal berbanding lauk lain, sekali sekala apa salahnya belanja satu family makan ketam kan? Jangan lupa share gambar lauk korang ya!
Aku baru tahu rupanya ada cara atau petua nak pilih ketam ni waktu nak beli
— Ahmad Hunain (@Hunain_) January 21, 2021
itupun sebab ada uncle ni tadi ajar.
(thread) pic.twitter.com/E7naoimpps
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah