WARONK, Melaka : Port Makan Baru Tepi Sungai, Nak Enjoy Tengok Cruise Pun Syok!
MAKANFebruary 19, 2021 - 05:14 PM
Memandangkan sekarang ni ada sedikit kelonggaran SOP yang diberikan Kerajaan terutama kepada beberapa negeri yang berstatuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Melaka --seperti membenarkan pelanggan ‘dine-in’ (makan di premis) mengikut keluasan meja berkenaan dengan ada jarak fizikal satu meter, jumlah kapasiti penumpang dalam kenderaan yang mengikut bilangan tempat duduk dan aktiviti pelancongan dibenarkan beroperasi pada 50 peratus kapasiti premis.
Jadi bolehlah sekiranya korang yang ada di Melaka untuk kembali bersantai sambil lepak-lepak makan di sebuah tempat makan baru yang sangat cool berkonsepkan 'Makan, Muzik & Memori' dengan pemandangan indah Sungai Melaka lagi-lagi di waktu malam.
Tempat makan yang dimaksudkan adalah WARONK yang terletak di No. 118, Lorong Hang Jebat, Melaka.
Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Nina Azahari menyarankan untuk pengunjung datang menikmati hidangan di WARONK pada waktu malam memandangkan korang akan mendapat pemandangan yang sangat menakjubkan dengan cruise lalu lalang di belakang dan sukar untuk didapati di lokasi lain.
Malah katanya, tempat parking kereta juga banyak dan tidak susah memandangkan terdapat sebuah kawasan luas berdekatan yang boleh digunakan untuk memarkir kenderaan.
Sebaik menjejakkan kaki ke WARONK, korang akan dapati kedai tersebut mempunyai 2 tingkat dan banyak meja makan yang boleh dipilih untuk menjamu selera.
Tetapi jika bernasib baik adalah lebih baik sekiranya korang memilih tempat duduk di tepi sungai, kerana selain menikmati hidangan yang lazat di situ korang juga bakal mendapat bonus menghirup udara segar serta menjamu mata dengan pemandangan bot-bot warna-warni yang lalu lalang di sepanjang Sungai Melaka.
Sementara itu, mengenai pilihan menu di sini korang tak perlu risau kerana terdapat lebih 200 jenis makanan yang boleh korang pilih mengikut selera dan tekak masing-masing.
Antaranya hidangan Barat, makanan Thai, menu kampung, Satay, Dim sum, Bakso, Mee Wantan,Takoyaki, Cendol, Nasi Lemak, Asam Pedas dan macam-macam lagi.
Lebih menarik, kalau korang datang dengan kawan-kawan untuk rilek-rilek sambil enjoy muzik -- korang juga boleh layan live band di tingkat atas kedai tersebut.
Malah kalau korang nak ambil gambar kenangan atau OOTD di situ juga menarik sebab dekorasi dalaman yang ada di WARONK sangat cantik dan mempunyai hiasan berkonsepkan 'old school' .Memang gambar korang akan jadi cun!
Jadi tunggu apa lagi, jom ajak keluarga dan kawan-kawan chill kat WARONK. Tapi ingat, kita masih dalam keadaan berjaga-jaga, jangan lupa pakai topeng muka dan sentiasa jaga jarak sosial.
WARONK
Alamat: No. 118, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu berniaga: 12 tengah hari - 12 pagi
Sumber: Nina Azahari
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah