Sembayu Villa - Hidden Gem Di Seremban Yang Tak Ramai Tahu
HOTELFebruary 22, 2021 - 04:29 PM
Korang sedang mencari lokasi nature retreat yang sangat cantik dan memukau di Seremban? Tak payah fikir panjang lagi, korang boleh pergi ke Sembayu Villa yang terletak di dialam hutan Pantai Hill di Seremban! Lokasi ini memang sangat cantik dan sesuai untuk korang yang inginkan percutian romantik bersama pasangan tercinta.
Resort mewah ini dibuka pada awal tahun lepas dan terpaksa ditutup sementara akibat PKP. Tapi baru-baru ini, Sembayu Villa telah menyambung semula operasi mereka dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bila tiba di resort ini korang akan dapat lihat pemandangan hutan yang sangat cantik dan yang paling best design luaran dan dalaman villa ini menggabungkan design industrial dan kayu, memang menarik.
Terdapat pelabagai jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut keperluan korang.
- Bilik kecil - 2 orang (sesuai untuk pasangan)
- Bilik sederhana - 4 orang
- Bilik besar - 8 orang
Untuk korang yang bawa pasangan, kami suggest untuk ambil bilik Kekabu atau Anggerik yang mempunyai bathtub di beranda yang mempunyai pamandangan bukit yang sangat cantik!
Seperti resort lain, Sembayu Villa juga mempunyai swimming pool, bilik karaoke, bilik meeting, dan macam-macam lagi la. Antara aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah jungle trekking ke Hutan Simpan Berembun bersama tour guide dan pergi ke air terjun Lata berembun. Korang juga boleh pergi ke Gua Kambing dan peninggalan tapak Perang Dunia Ke-2.
Ada juga dusun durian untuk korang yang mengidam nak makan durian. Dan korang juga boleh melawat ladang burung unta yang terletak hanya 10 minit dari resort ini. Jadi kalau korang plan nak bercuti di Seremban, tak payah tengok jauh lagi, Sembayu Villa ni memang lokasi terbaik untuk staycation pada hujung minggu bersama pasangan tercinta.
Alamat: Pantai Hill, Lot 3164, Kolam Air Pantai, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Laman Web | Facebook | Instagram
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah