Bukit Singa - Tak Perlu Pergi Ke Bali Untuk Pemandangan Uluwatu, Malaysia Pun Ada La
TARIKANMarch 02, 2021 - 07:59 AM
Kebanyakan kaki travel di luar sana memang teringin untuk pergi bercuti ke Bali dan pergi ke Uluwatu, sebuah lokasi di atas bukit dengan pemandangan laut yang sangat cantik. Jangan risau, sekarang ni korang boleh pergi ke lokasi yang hampir sama, tetapi di dalam Malaysia je tau. Lokasi yang dimaksudkan adalah Bukit Singa yang terletak di Pulau Kapas.
Bukit Singa ini dikelilingi oleh tebing dan batu pesisir yang sangat cantik. Untuk pengetahuan korang, Pulau kapas ni merupakan sebuah pulau yang terletak di timur Marang dan sangat terkenal dengan pantai pasir putih dan air laut jernih. Seringkali dipanggil sebagai syurga diving dan snorkeling oleh kaki travel di luar sana. Memang sangat cantik.
Jadi untuk sampai ke lokasi macam Uluwatu ni, korang perlu mendaki Bukit Singa ni. Kena prepare betul-betul ya sebab dia tak macam hiking bukit lain tau, korang akan lebih banyak rock climbing dari hiking di sini. Tapi memang berbaloi la bila korang dah sampai atas nanti. Korang juga boleh upah tour guide untuk pergi ke lokasi ni kerana agak bahaya.
Pemandangan dari atas memang sangat memukau, jadi jangan lupa untuk bergambar ya. Tapi hati-hati kerana keadaan di atas agak curam. Manakala di bahagian bawah pula terdapat laguna yang sangat cantik untuk korang berenang. Waktu terbaik untuk pergi ke Pulau Kapas adalah dari bulan Mac hingga Oktober, dengan kata lain, sekarang ni memang perfect.
Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah