Kenderaan Ekzos Bising Dilarang Masuk Teluk Cempedak?
VIRALMarch 04, 2021 - 05:33 PM
Jika bercuti ke Kuantan, Pahang antara tarikan yang menjadi kegemaran pengunjung untuk bersantai dan berjalan-jalan pastinya di kawasan peranginan Teluk Cempedak.
Bagi menjadikan Teluk Cempedak sebuah lokasi yang sihat dan bersih kepada pengunjung, kawasan itu telah diisytiharkan sebagai Zon Bebas Asap Rokok oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Hasilnya semakin ramai penduduk tempatan dan pengunjung luar yang selesa untuk beriadah di situ bersama keluarga dan anak-anak kecil mereka serta tiada lagi sampah puntung rokok bertaburan di kawasan sekitar Teluk Cempedak.
Namun, baru-baru ini Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat) mencadangkan kepada MBK supaya melarang juga kenderaan ekzos kuat atau bising daripada memasuki kawasan peranginan Teluk Cempedak.
Pengerusinya, Anaz Ab Moris berkata cadangan itu dibuat kerana ia mendatangkan pencemaran bunyi dan mengganggu orang ramai.
"Kita harap MBK boleh pertimbangkan cadangan ini demi kepentingan pengunjung di Teluk Cempedak dan pelaksanaan penguatkuasaan itu boleh dilakukan terhadap pemilik ekzos kuat.
"Justeru, kami berharap MBK dapat terus mengiatkan pelbagai usaha yang mampu merubah landskap di sekitar Bandaraya Kuantan sesuai dengan naik taraf bandar raya yang baru diisytiharkan, tahniah dan syabas sekali lagi MBK," katanya.
Selain itu, beliau berharap minuman keras juga dilarang kerana minuman itu tidak membawa sebarang faedah kecuali memudaratkan masyarakat dan alam sekitar.
Sumber: Sinar Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah