Negeri PKPP Dibenarkan Melancong Ke Negeri PKPP, Tapi Ada Syaratnya

VIRAL
March 10, 2021 - 03:06 PM


Berita baik untuk mereka yang berada di negeri-negeri dengan status PKPP yang dah tak tahan dah nak pergi melancong, korang dah dibenarkan melancong ke negeri-negeri yang berstatus PKPP mulai hari ini (10 Mac 2021). 

Tetapi ada syaratnya! Korang hanya boleh pergi melancong dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dengan menaiki kenderaan pelancongan yang berdaftar. Kenderaan persendirian, tidak boleh!

Syarikat agensi pelancongan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM untuk pergerakan rentas negeri, dan perjalanan perlulah terus ke negeri PKPP yang lain, tanpa berhenti di mana-mana negeri yang tidak berstatus PKPP. 

Pulau Langkawi turut ditukarkan status kepada PKPP daripada PKPB bermula hari ini selepas pulau tersebut menjadi kawasan zon hijau. Kes terakhir yang direkodkan di pulau tersebut adalah pada 20 Februari lepas.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah