Langkawi Dibuka Semula Untuk Pelancongan

VIRAL
March 10, 2021 - 06:28 PM


Setelah hampir 2 bulan pergerakan rentas negeri dihentikan, pulau yang menjadi antara tumpuan utama negara, Pulau Langkawi buka semula untuk kedatangan pelancong. Menteri Keselamatan semalam mengumumkan bahawa Pulau Langkawi ditukarkan status kepada PKPP selepas kekal menjadi zon hijau, dan kes terakhir direkodkan di pulau tersebut adalah pada 20 Februari lalu. 

Langkawi ditukarkan statusnya kepada PKPP atas cadangan menjadikan pulau berkenaan sebagai kawasan Gelembung Pelancongan Bersasar. Namun, pelancongan ke negeri langkawi hanya dibenarkan kepada mereka yang datang dari negeri-negeri PKPP sahaja dan pergerakan perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan. 

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar untuk memberikan kebenaran kepada mana-mana individu yang ingin melancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri yang dikategorikan PKPP lain.

sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah