Lepas Ni Jangan Beli Barang / Makanan Di Lampu Isyarat Kalau Tak Nak Kena Saman RM2,000

VIRAL
March 17, 2021 - 12:03 AM


Sejak kebelakangan ni semakin ramai yang mula menjual barangan dan makanan di kawasan lampu isyarat. Ini mungkin disebabkan oleh kegawatan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Namun begitu, tindakan membeli di kawasan lampu isyarat adalah dilarang selepas ini dan pembeli boleh didenda sehingga RM2,000 sekiranya ditangkap.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu bahawa aktiviti perniagaan tersebut adalah salah kerana ianya membahayakan pengguna jalan raya dan penjual itu sendiri. Melalui Ops Kesedaran yang telah dilakukan, Polis Johor kini sudah mengenal pasti 52 lokasi yang sering menjadi tumpuan penjual lampu isyarat di seluruh Johor.

Mengikut undang-undang, selain dari tindakan yang bakal diambil kepada penjual, pembeli juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Antara lokasi yang menjadi tumpuan Polis Johor ketika ini adalah lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, Angsana Johor Bahru Mall, Taman Cempaka, dan Jalan Kulai-Kota Tinggi. Jadi sila prihatin dan ikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Datuk Ayob juga turut menasihatkan agar peniaga mencari jalan dan kaedah lain yang lebih selamat dan sesuai untuk melakukan perniagaan yang tidak membahayakan orang lain. Namun begitu, buat masa kini pihak Polis Johor masih belum menerima apa-apa laporan kemalangan yang melibatkan aktiviti penjualan dan pembelian di lampu isyarat. 

Sumber: Kosmo

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah