Bestnya! Menara KL, Alor Setar Tawar Tiket Percuma & Diskaun Separuh Harga
TARIKANMarch 22, 2021 - 03:58 PM
Bagi anda yang bergelar warga kota dan penduduk Alor Setar, Kedah -- ini ada satu peluang keemasan buat anda yang dah lama teringin untuk membawa keluarga menikmati keindahan Kuala Lumpur dan bandar raya Alor Setar dari pemandangan udara.
Menara Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa khas buat warganegara Malaysia menerusi 'Super Deal' bermula 17 Mac hingga 16 April 2021.
Promosi tersebut berupa tiket percuma kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur.
Manakala bagi pengunjung ke 101 dan seterusnya -- pihak Menara Kuala Lumpur menawarkan potongan 50 peratus harga tiket iaitu RM15 dewasa (harga biasa RM30) dan RM10 kanak-kanak (harga biasa RM20).
Sementara itu, seramai 25 pengunjung pertama setiap hari ke Pelantar Pemandangan Menara Alor Setar turut berpeluang mendapatkan tiket percuma.
Bagi pengunjung ke-26 dan ke atas, tiket ke Pelantar Pemandangan hanya dijual pada harga RM6 dewasa (harga biasa RM12) dan RM4 kanak-kanak (harga biasa RM8).
Bukan itu sahaja, kedua-dua menara ikonik itu turut memberikan harga promosi untuk lawatan ke Sky Deck dengan hanya RM24 dewasa (harga asal RM71) dan RM12 kanak-kanak (harga biasa RM37).
Manakala RM20 dewasa (harga asal RM48) dan RM10 kanak-kanak (harga asal RM28) untuk lawatan ke Star View, Menara Alor Setar.
Mengenai SOP pula, anda tidak perlu risau kerana Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar hanya dibuka dengan kapasiti 50 peratus sahaja.
Ia bermakna hanya 120 orang sahaja dibenarkan berada di Sky Deck, Observation Deck, Star View dalam satu-satu masa dengan tempoh sejam.
Selain itu, proses sanitasi penuh juga dilakukan secara berkala selama 45 minit setiap hari bagi memastikan kebersihan di seluruh kawasan premis terjamin.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah