Awanmulan - Nature Retreat Memukau Di Negeri Sembilan Yang Tak Ramai Tahu

HOTEL
March 25, 2021 - 01:45 AM


Memang tak dinafikan negeri yang paling banyak lokasi nature retreat dan staycation yang cantik adalah negeri Pahang. Dan ramai yang tak akan sangka yang di Negeri Sembilan pun ada juga lokasi sebegitu, cuma tak diketahui ramai je. Jadi kali ini, min nak berkongsi lokasi nature retreat yang bernama Awanmulan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. 

Ianya merupakan sebuah rumah persendirian yang mempunyai beberapa guest house untuk korang menginap. 

Terdapat 5 jenis bilik yang korang boleh pilih di sini dari Evensong, Rahsiah, Durian Runtuh, Sasterawan, dan juga Senjja. Kalau korang datang dalam kumpulan melebihi 6 orang, kami suggest untuk ambil Durian Runtuh, Rahsiah, dan Senjja. Untuk yang datang dengan anak seorang pula, Sasterawan dan yang datang dengan pasangan sahaja boleh ambil Evensong.

Jangan risau guys, setiap bilik ini mempunyai dapur tersendiri, bilik air, dan juga ruangan BBQ untuk korang gunakan. Bukan tu je, dia punya skypool tu memang sangat cool kerana korang akan dapat view yang sangat cantik dan kami suggest untuk korang berenang di sini ketika sunset. Memang satu pengalaman yang korang tak akan dapat lupakan. 

Selain tu, ada juga hammock dan deck yang diletakkan di lokasi ini. Jadi korang boleh merehatkan diri dengan tenang.

Kalau nak buat aktiviti keluar peluh sikit, boleh juga pergi hiking dan jungle trekking di hutan berdekatan yang akan membawa korang ke lokasi sungai dan port camping yang sangat cantik. Tapi bila dah datang sini takkan nak camping tempat lain pula kan? 

Alamat: Awanmulan Pantai Orchard, Kampung Baru Pantai, 71770, Negeri Sembilan

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah