Jom Beraya Atas Kapal! Star Pisces Belayar Semula 13 Mei Ini
TARIKANMarch 25, 2021 - 04:46 PM
Operasi kapal pelayaran dah lama sangat dihentikan oleh sebab PKP, tapi baru-baru ini, Genting Cruise Lines dan Penang Port Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula perkhidmatan dan operasi kapal pesiaran Star Pisces.
Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Star Pisces akan memulakan operasi pada 13 Mei yang akan melibatkan destinasi Pulau Pinang - Pulau Langkawi. Antara Itinerari yang disediakan termasuk pelayaran 2 malam Langkawi Escape dan pelayaran 1 malam Straits of Malacca yang akan bertolak dari Pulau Pinang.
Kapal milik Star Cruises dengan muatan 40,053 tan dan kapasiti 1,600 penumpang itu akan menjadi kapal persiaran pertama beroperasi semula di Malaysia, dan membantu perkembangan sektor ekonomi dan pelancongan di Pulau Pinang, dan Pulau Langkawi.
Hasrat ini sejajar dengan prinsip panduan Genting Cruise Lines untuk menyokong dan membangunkan semula ekonomi sektor pelayaran di setiap pelabuhan yang bakal beroperasi semula bersama dengan syarikat kapal peranginan itu.
Percutian macam ini memang sesuai untuk korang yang mencari alternatif kepada pelancongan luar negara yang masih belum lagi dibenarkan buat masa ini. Namun, buat masa ini, tempahan masih belum dibuka, Star Cruises bakal mengumumkan pembukaan tempahan dalam masa terdekat.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah