The Nahara Kalumpang - Lokasi Nature Retreat Tepi Sungai Yang Best Di Selangor

HOTEL
April 06, 2021 - 07:59 AM


Di Selangor ni memang terdapat beberapa lokasi glamping dan nature retreat yang sangat cantik dan unik. Tapi tak banyak yang mempunyai lokasi betul-betul di sebelah sungai.

Kalau korang mencari tempat untuk berehat sambil menyejukkan diri mandi sungai, korang boleh pergi ke The Nahara, Kalumpang. 

Lokasi ini boleh tahan jauh juga sebab terletak di Rawang dan hanya 15 minit sahaja dari Tanjung Malim. Kalau korang jenis yang sukakan nature, lokasi ini memang best. 

Bila pergi ke sungai ni, macam-macam aktiviti yang korang boleh buat seperti mandi-manda, piknik, dan juga ber-BBQ bersama rakan-rakan atau keluarga. 

Nak pergi ke dusun buah pun ada tau di sini, boleh makan buah-buah yang dah masak kalau korang nak. Selain tu ada juga tasik buatan dan taman untuk korang berjalan-jalan.

Korang boleh pilih untuk duduk di chalet atau campsite. Jangan risau, WiFi juga turut disediakan di sini. Kemudahan lain seperti dapur yang lengkap dan Astro pun disediakan.

Bilik di sini juga agak besar, so tak perlu risau tentang keluasan dia kalau datang beramai-ramai. So kalau korang inginkan pengalaman duduk di lokasi yang dekat dengan nature, dusun buah, tasik, air sungai, dan juga taman cantik, korang bolehlah datang ke The Nahara Kalumpang ni. Memang memuaskan dan berbaloi, have fun!

Alamat:  Kampung Pasir Putih, 44100, Selangor

Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah