Malas Bersenam Sepanjang #Lockdown? Ini Cara Anda Boleh Memotivasikan Diri
GAYA HIDUPJuly 22, 2021 - 02:29 PM
Memang benar ramai orang rasa kurang bermotivasi sepanjang #Lockdown. Tak dapat kita menafikan perkara ini menjatuhkan hampir setiap rakyat di Malaysia dek kerana duduk di rumah terlalu lama dan korang perlu ingat bahawa korang tidak mengharungi pandemik ini berseorangan.
Semakin hari mental kita semakin 'burn out', mana tak nya bila melihat kes yang semakin melonjak hingga ke lima angka. Orang ramai sudah merasa 'down' dan tak mampu melakukan apa-apa sepanjang #Lockdown ini.
‘Burnt out’ boleh menyebabkan kita seakan rasa putus asa dan malas melakukan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin seperti bersenam. Jadi min berkongsi dengan korang semua, satu dua perkara yang boleh dilakukan di rumah masing-masing.
1. Usah Tangguh
Apa jua yang dilakukan jangan sesekali tangguh. Bila diri dah mula cakap nak tangguh atau "esok jelah', nanti makin lama makin malas lah jawabnya. Memang nanti makin ramai malas nak bersenam. Kalau boleh, hari ni jugak, sekarang!
2. Tulis Objektif & Sasaran
Sangat penting untuk korang tulis objektif kerana kebanyakan orang yang mula untuk menurunkan atau menaikkan berat badan tak mempunyai fokus pada sesuatu.
Sekadar mengatakan ingin sihat dan fit sahaja tidak mencukupi buat diri sendiri, katakan seseorang pernah mencaci dan ejek diri korang, gunakan cacian itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih motivasi. Jangan membiarkan kata cacian itu satu pemusnah, sebaliknya goal yang perlu dikejar dan tunjuk bahawa "Aku BOLEH!'.
3. Jadual senaman yang baik
Set jadual senaman harian anda mengikut kesesuaian rutin. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri. Selitkan jadual untuk bersenam dimana-mana dan boleh rujuk semula jadual.
Sebagai contoh min bagi jadual min. Min akan bersenam di waktu petang selepas habis keja di antara pukul 6 ptg hingga 7 ptg.
4. Mula perlahan-lahan
Kenali diri sendiri dahulu sebelum ingin mencapai goal. Cabar diri anda dahulu dengan capai sedikit demi sedikit. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian.
Kuatkan stamina dan bagi badan korang selesa dan dah biasa dengna kecergasan terlebih dahulu. Kalau ada kenal orang yang pro, minta pertolongan mereka.
5. Disiplin diri
Sia-sia semua pesanan di atas kalau anda tidak menDISIPLINkan diri! Disiplin sangat penting ya dalam apa jua dilakukan.
Pertama sekali korang bangun pagi, dalam ingatan cuba paksa diri makan ikut waktu, dari breakfast hingga dinner. Selepas set dalam kepala, "pada waktu sekian sekian saya nak bersenam!".
Semoga anda terus bersemangat untuk bersenam dan hadapi hari-hari yang mencabar di masa akan datang. Teruskan duduk di rumah, keluar hanya perlu sahaja. Paling penting dapatkan vaksin anda.
Jangan cepat rasa putus asa dan mari kita sama-sama mengharungi pandemik dengan semangat!
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah